Meta-Fizik
Metafizik ialah ilmu yang berhubungkait dengan perkara yang mistik dan paranormal. Antara perkara yang terangkum dalam ilmu ini ialah penilikan nasib berdasarkan tarikh lahir, nama dan sebagainya.
Sains, macam kita sedia maklum, mesti melibatkan kajian dan penyelidikan yang adakalanya makan masa bertahun-tahun untuk lengkap.
Kalau sains metafizik?
[...]
Em... Rasanya ramai dah sedia maklum tentang kewujudan buku 'Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda' hasil tulisan Rozzani Din. Lagipun hujung tahun lepas dah beberapa kali buku ini berada di top 5 buku terlaris setiap minggu. Disebabkan rasa ingin tahu saya pun belilah buku itu dan mencuba 'kaedah pengiraan numerologi' yang telah ditunjukkan di dalam buku tersebut.
Dan hasilnya? Saya mendapat kod asas 2 dan kod jutawan 6.
[...]
Kod asas: 2
Seorang yang mahir dan memiliki personaliti menarik. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini berkebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat. Tidak percaya dengan kebolehan sendiri walaupun orang lain percaya kepada mereka. Mendengar nasihat yang diberi tetapi selalunya tidak diikuti. Sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan sendiri.
Kerjaya
Yang paling sesuai: Juruteknik elektrik dan elektronik, doktor sakit jiwa, jururawat, penulis, wartawan, pereka, pereka grafik, pembuat filem, tukang masak, juruelektrik, pakar kecantikan, penyambut tetamu, pilot, pengaturcara komputer, pereka fesyen.
Kedua sesuai: Hakim, peguam, eksekutif bank, pengurus bank, pekerja bank, juruteknik mekanikal, juruteknik motokar, pakar sains, pengkaji selidik, broler saham, penguatkuasa, mekanik, polis, pelombong, pasukan bersenjata, tukang emas dan permata.
Yang kurang sesuai: Akauntan, arkitek, jurutera awam, jururunding, pelukis pelan, kontraktor, perunding hartanah, pemaju perumahan, tukang kebun, broker saham amanah, ahli astrologi.
Kod jutawan: 6
Sepanjang hidup, banyak mendapat wang. Usaha-usaha yang dilakukan adalah untuk memiliki wang yang banyak.
Pola 2-6: InsyaALLAH boleh menjadi terkenal dan berjaya.
[...]
Pada awalnya taklah risau sangat bila melihat part kerjaya tu. Tapi bila mengenangkan bahawa ketepatannya dijamin 75% hingga 95%, agak cuak jugalah. Padanlah hati saya suruh tolak tawaran ke Unitekma sewaktu dapat tawaran dulu. Rupanya memang tak berapa serasi. Cis cis cis! (=.=)
Perhatikan, kebanyakan kerjaya kurang sesuai melibatkan bidang pembinaan a.k.a construction. Saya ambil QS yang juga cabang construction. Nama sengal bagi 'Quantity Surveyor' a.k.a 'Juruukur Bahan' pula ialah 'Akauntan Pembinaan'.
[...]
Entahlah. Orang kata haram percaya benda-benda macam ni. Tapi bila yang buat kajian itu juga seorang Islam, saya terkeliru seketika.
Lagipun ini bukannya ilmu tilik-menilik macam zodiak, horoskop dan tajul muluk. Ini ilmu Taakulan, yang mana ada dikuasai para imam mazhab.
(T.T)
Ulasan