Carut-Karut-Marut


Hoho... Asal usul mencarut... (Kerja siapalah ni...)


Ada sesetengah orang bila marah atau melatah mesti terkeluar 'perkataan-yang-tak-patut disebut' atau bahasa lebih mudah, mencarut. Ada pula sesetengah orang yang kalau tak mencarut satu hari tak tenteram hidup.

Hmm... tak tahulah siapa manusia pertama di dunia ini yang mengasaskan aktiviti mencarut ni. (Syukur kepada ALLAH saya dilahirkan sebagai orang yang benci mencarut... Huhu) Namun, siapa yang mencarut sebenarnya tanpa disedari mengurangkan nilai maruah dirinya. Lebih-lebih lagi masyarakat di Malaysia ini (lebih-lebih lagi kaum Melayu) pada asalnya memang masyarakat yang bersopan santun. Sememangnya suatu perkara taboo untuk mencarut.

Mungkinkah era modenisasi menyebabkan mencarut yang dulunya dipandang serong kini menjadi sesuatu yang biasa, yang mana jikalau tidak mencarut menunjukkan anda seorang yang 'skema', 'nerd' atau apa-apa yang sewaktu dengannya? Hmm... Tak pastilah pula... Namun yang menyebabkan rasa kurang senang, ada juga pelajar IPTA yang kuat mencarut. (Agak terkejut kerana sewaktu kecil, saya sangkakan SEMUA pelajar IPT tidak kira Awam atau Swasta adalah mereka yang berbudi pekerti dan bersopan santun)

Juga, saya tersentak dengan kenyataan seseorang melalui internet yang pendidikannya bertaraf SPM, namun mengeluarkan kenyataan berbunyi,"Tak sangka budi bahasa pelajar U lagi rendah daripada samseng." Saya faham mengapa dia berkata sebegitu, pelajar IPT dalam ruang siber yang sama dengannya semuanya faham-faham sahajalah... Memalukan sungguh! (-.-")
Entahlah, mungkin masalah yang pernah dihadapi dahulu sebahagiannya berpunca daripada ketua yang bersikap 'wayang' dan kuat mencarut, menyebabkan ketua itu sendiri kurang dihormati orang sekeliling hatta kawan baik mereka sendiri. Masakan anak buah mengambil berat dengan arahan seorang ketua yang bersikap begitu. (Saya tidak maksudkan sesiapa, maaf kalau ada yang terasa)


Mencarut termasuk dalam perkara sia-sia. Lidah yang diberi nikmat bercakap sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya dan bukan digunakan untuk berkata-yang-bukan-bukan. Malah orang-orang tua pun pandang serong mereka yang kuat mencarut ni. Dah nampak macam mafia pulak bagi mereka.

Lebih-lebih lagi setiap patah perkataan yang kita katakan itu mampu menjadi doa kepada diri sendiri. Kalau mendoakan yang terbaik, yang terbaiklah kita akan perolehi. Begitu juga sebaliknya. Sia-sialah jikalau kita mendoakan kesejahteraan diri tetapi mulut 'tak boleh kawal langsung'. Mungkin kita akan mengguris hati orang lain secara tidak sedar, lebih-lebih lagi jika dia adalah orang yang paling rapat dengan kita...

P/S: Sempena kedatangan bulan Ramadhan (yang dijangka bermula malam ini), marilah kita bersama-sama mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah termasuk aktiviti mencarut! (^-^)


Ulasan

alia afendi berkata…
btol 2..krangkan pencarutan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an