Adik dan Beyblade

"Along, boleh temankan Adik pergi kedai dua ringgit kat Mutiara Rini tu?"

"Buat apa nak pergi sana?"

"Nak mintak belikan beyblade."

Beyblade?


"Tidak."

Adik mencebik lalu pergi ke arah Umi untuk mengadu. Namun Umi juga menyebelahi saya. Kemudian merayu kepada Ayah, jawapannya juga negatif. Selepas itu merayu kepada Abang yang awal-awal lagi kata tidak sebaik sahaja Adik menyebut perkataan 'beli'. Akhirnya merayu pula kepada Angah yang mana belum sempat dia membuka mulut, Angah terlebih dahulu mengatakan tidak. Dan kitaran merayu agar dibelikan mainan itu bermula semula kepada saya.

Saya, Umi, Ayah, Abang, Angah. Eh, mana Anis?

Kalau dia merayu kepada Anis dijamin dapat penampar percuma. Sebab itu dia tidak berani. XD

[...]

Petang itu Abang ke kedai runcit di Mutiara Rini untuk membeli sedikit barang keperluan yang dipesan Umi. Balik sahaja dari kedai, Adik terus menyerbu ke arah Abang, mengharap agar mainan itu juga dibeli, namun hampa. Sudahnya dia merajuk.

"Kenapa tak cari mainan yang Adik nak itu?" tegur Umi.

"Abang dah cari dah. Setiap kedai abang pergi. Tak ada jual. Bukannya saja-saja tak nak beli," balas Abang, serius.

[...]

Akhirnya, sewaktu menghantar Abang dan Angah pulang ke universiti (Angah di UTM Kuala Lumpur, Abang pula di UiTM Lendu, Melaka), Adik terjumpa mainan yang sangat diingininya itu.

Di kedai SAKAN, Melaka. Agak hampir dengan kampus Abang. (Kalau naik kereta)

Alang-alang sudah jumpa, Ayah belikanlah mainan itu supaya dia berhenti merengek.

[...]

Memang besar ya pengaruh TV kepada kanak-kanak. Sampaikan mainan yang wujud sekitar tahun 2002-2003 (ingatkan sudah lapuk) boleh jadi benda yang dicari-cari. Teringat pula selepas tamat UPSR dulu, mainan ini memang jadi kegilaan kebanyakan pelajar lelaki di sekolah. Sampaikan Ustaz Shaari, guru sekolah agama pun join sekaki main benda alah itu. XD

Beyblade ini macam gasing berembang pun ada juga, tapi kenapa Beyblade dari Jepun itu boleh jadi lagi famous daripada gasing tempatan?

Oh lupa, mana ada lagi orang jual gasing macam tu di kedai. Di kampung bolehlah cerita. :(

[...]

"Umi, kalau nak Adik sunat, belikan Nerf dulu, boleh?" Kata Adik secara tiba-tiba pada satu petang, sebaik sahaja dia pulang daripada bermain dengan rakan-rakannya.

"Nerf tu apa?" tanya Umi, keliru.

"Tu mainan pistollah. Mahal tu, paling murah RM30 lebih kurang," kata saya.

Inilah benda yang Adik mahukan itu. 
Tembak dengan Taser nanti, mahu?

"Eh, tak payah tak payah,"

Dan Adik merajuk. (lagi)

(-.-)"

Ulasan

NUARAHMAN berkata…
kalau adik aku memang dah makan penampo...haha
yiyiafiqa berkata…
Yalah. Memang geram dibuatnya.
Tetapi dia baru darjah tiga. Ikut sajalah kehendak dia. Lagipun mainan itu tidaklah mahal sangat. :)

Tapi yang mainan Nerf itu, kalau dia minta lagi memang dijamin dapat penyepak percumalah. Lebih rela beli barang keperluan daripada beli mainan itu. (>.<)

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an