Hari Bahagia Abang
Ya.
Rabu lepas adalah hari bahagia buat manusia yang tweet benda alah di atas ini.
Lama benar nampaknya kalau hari ini baru nak pos. :P
(...)
Rabu lepas, kami sekeluarga (kecuali Anis yang ditinggalkan di Politeknik - sila rujuk pos lepas) pergi ke UiTM Lendu, Melaka.
Kerana benda di bawah ini.
Ya, hari Konvokesyen di sana, dan Abang adalah salah seorang penerima diploma yang naik ke atas podium tersebut.
Angah sangat gigih kerana mahu sertai kembara ke Lendu ini, disebabkan hari hantar dan pembentangan tugasan (yakni hari tersebut) ditunda.
Abang telah pergi lebih awal, dua hari sebelum konvokesyen, untuk menyelesaikan apa yang patut. Sepanjang dua hari itu juga, dia menumpang tidur di rumah Kak Ira, yang tinggal berhampiran UiTM Lendu. Jadinya, kami singgah di rumah Kak Ira untuk mengambilnya untuk diangkut bersama ke lokasi konvokesyen.
Budak bakal naik podium. :P
Kami menapak ke Dewan Taming Sari, lokasi konvokesyen diadakan. Entah kenapa Ayah secara tiba-tiba tidak mahu ikut, dia mahu tinggal di kereta sahaja.
Disebabkan satu kad jemputan bersamaan dengan dua pas masuk, saya dan Adik tinggal di luar, manakala Ummi dan Angah masuk ke dalam dewan.
Baru jam 12.45pm, sudah ramai yang mengambil tempat. Dapat jugalah duduk berhampiran televisyen 'live feed' yang disediakan pihak UiTM, dua biji kesemuanya.
Namun, tidak dapat dinafikan yang televisyen LCD ini juga mengundang kemarahan kepada penonton yang tidak dapat masuk ke dewan, sebab keadaannya macam Ultraman, sekejap hidup sekejap mati. (Tolong ambil perhatian, ya! Harap tidak berulang lagi!)
Para pegunjung yang mempunyai kad jemputan nampaknya sudah mula memenuhi dewan sekitar jam 1 petang.
Wah, boleh tahan ramai!
Saya nampak Ummi! XD
Akhirnya, budak kacak ini naik ke podium dengan penuh bergaya. Setelah agak lama menunggu - kerana ada graduan Sarjana Muda turut menerima ijazah mereka di sini. (Walhal di sini tiada kursus sarjana muda... Atau memang ditetapkan begitukah?)
Budak kacak bertambah kacak! XD
Kasihan, sampai tertidur dek keletihan.
Sempat lagi berposing di banner konvokesyen!
Maka, selesailah hari bahagia bagi budak kacak nan seorang ini. Semoga sukses selalu ya!
Ulasan