Ini adalah kipas yang menjadi punca segala keharu-biruan di rumah saya... Huhu... [...] 11 (oops, sebenarnya 12) Jun, Tepat jam 12 tengah malam. Sedang qada hajat di dalam bilik air. Tiba-tiba suasana gelap gelita. Jadi dalam bilik air yang tetiba gelap tu, cepat-cepat selesaikan apa yang perlu sebelum keluar. Bila keluar tu memang gelap sangat (maklumlah tengah malam...) jadi meraba-raba untuk ke bilik. Tiba-tiba terpancar satu cahaya yang tak berapa terang dari dalam bilik. Cahaya lampu darpada hp Angah. Tak lama kemudian muncul pula cahaya lampu suluh dari ruang tamu. Lampu suluh yang dipegang oleh Mirul. "Apahal ni?" tanya saya. Mirul pun memandang Angah yang seolah-olah tahu jawapannya. "Kipas bengong tu punya pasallah!" jawab Angah. [...] (Cerita Angah) Angah tengah nak pasang kipas meja kat bilik tu, jadi disebabkan keadaannya yang bengong, jadi terpaksa buka 'muka' kipas dan putarkan bilahnya. Biasanya ia terus berfungsi, tapi cuma bertahan dalam mas...
*Jenguk kepala sambil mengibas sawang di sekitar* Bila kali terakhir saya pos apa-apa di sini? *Hempuk kepala ke atas meja* (...) Siang tadi pergi menghantar si Anis ke Politeknik Ibrahim Sultan. Ya, adik saya itu secara rasminya bergelar pelajar politeknik hari ini... Err... Semalam. Kursus Pengurusan Acara. Pada tepat jam tujuh, merantaulah kami sekeluarga dari Skudai ke Pasir Gudang, tempat di mana wadi ilmu itu terhampar. Setelah banyak kali sesat dan tertukar arah, akhirnya jumpa juga pintu gerbang utama Politeknik Ibrahim Sultan ini. Lebih sejam jugalah perjalanan jika dicampur masa cari jalan tadi. (sampai terpaksa pakai google maps... Huhu!) Pandangan dari tempat letak kereta Selesai letak kenderaan di tempat disediakan, kami mengiringi (ceewah, iringi!) si Anis ke tempat pendaftaran. Ramai juga yang datang mendaftar hari ini. Mereka juga hadir bersama keluarga mereka. Asalnya kami semua menunggu di hadapan pusat pendaftaran, namun tidak lama kemudian keluar...
Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu: · Di sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi senarai, esok minta duit untuk beli walaupun cerita buku tu dah tahu. Salesman susu pun macam tu juga. · Di perpustakaan, budak-budak memang baca buku, tapi cuma setakat tengok gambar je. Bila ada program Nilam, baru semua sibuk nak pinjam buku. · RMT di sekolah makan tak best, tapi yang berduit pun join RMT. Tak faham... · Pakai kotak pensel yang boleh buka depan belakang, lepas tu ada pengasah pensel di tengah-tengahnya. · Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itulah fungsi sebenar, untuk padam! · Pakai pembaris yang bergerigi, di dalam ada air, lepas tu ada benda berkilat-kilat dalam air tu. Dah jadi macam mainan pulak. · Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang di tengah-tengah, tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun di situ. · Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. · Masa pendidikan seni, lukis...
Ulasan