Di Sebalik Batu Angin (Itriah kena tepung!)

Semalam, 4.00pm, selepas Test Kajian Undang-Undang.

Semua orang kelegaan setelah jawab test. Rupa-rupanya test tidaklah serumit yang dijangkakan, namun ada yang resah sebab tersalah beri fasal dan subfasal dalam JKR203A (10/83).

Itriah bersama Lea, Mas, Shifa dan geng seangkatan saling membuat photoshoot di dalam studio. Melepaskan gementar dan kegembiraan di dalam foto yang menjadi kenangan di dalam Iphonenya.

Dia langsung tidak sedar bahawa di luar studio, ada 'pakatan cucur kodok' sedang bersiap-sedia menunggunya keluar.



Haha... Cik Ki dah standby tepung sekilo tu~~~

Di saat Itriah keluar dari studio, POOF!!! Secara tiba-tiba, tudungnya berubah warna daripada hitam ke putih. Habis pakaian, fail dan begnya dilapisi taburan tepung gandum. Si pembuat onar sudah menghilangkan diri sebelum sempat menjadi mangsa Itriah yang sudah 'naik hantu'.

Itriah mencari mangsa. Dia ternampak sesuatu lalu menghampiri StudioKayu.



PUFF! Daeng yang menyorok di sebalik pokok menjadi mangsa Itriah yang pertama. Hehe~~







Dia ternampak si pembuat onar. Lalu berlarilah dia seumpama seekor harimau yang mengejar mangsanya, mengejar 'pakatan cucur kodok' itu.

Lalu 'pakatan cucur kodok' itupun segera masuk ke studio untuk berlindung, kerana mereka tahu bahawa Itriah tidak akan mencemari studio itu dengan taburan tepung gandum. (Nanti kurator studio, pensyarah dan mereka yang berkenaan pula yang naik hantu... Nahas pula jadinya nanti... Ngehehe~~)

Maka, Itriah hanya melihat sahaja ahli pakatan yang 'bersembunyi' di sebalik dinding kaca studio. Keadaan sudah reda seketika kemudian, sebelum pada akhirnya dia berjaya juga membalas dendam kepada seluruh pakatan itu.

Notakaki: Saya cuma tangkap gambar di sebalik dinding batu angin di luar studio, tiada niat mahu sertai 'pakatan cucur kodok' itu. Macam budak-budaklah main baling-baling tepung. Lagipun saya nak ke perpustakaan pada waktu itu, jadi kalau kena tepung, tak dapatlah nak ke sana...

Notakaki 2: Oh ya, selamat hari lahir, Itriah Nadjwa Abu Bakar. Walaupun dah dua hari berlalu... ;)

Ulasan

Nadjwa AB berkata…
Ainnnn,terima kasih ye awkk! Awk pon sme.Slmt Hari Jadi! Kite dh ckp dh kat dieorg nihh. Baling-baling tepung nih cm budak2.tapi dieorg degil. HAHAHA.
yiyiafiqa berkata…
Ngehehehe~~
Sama-sama.
Ha... Diorang masih 'budak' lagi kot buat macam tu. 'Budak Tua'. Heheheh~~~ (^-^)

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an