Maru si Meow-meow!

Haha comelnya~~~ (blush)

Masa Latihan Industri dulu, ada seorang staf pejabat yang amat sayangkan kucing. Ada juga beberapa kali ternampak dia menonton video bertemakan kucing. Antaranya, yang berada di atas ini. (Haha comel~~~)

Sebelum ni tak tahulah namanya 'Maru', dan kucing ni sebenarnya agak popular di Youtube. Dah habis Diploma ni baru tahu, selepas tonton video pengenalannya di Facebook. Kucing jantan yang merupakan baka 'Scottish Fold' (kalau tak silap) dari negara Jepun ini memang mengagumkan sesiapa yang menontonnya. Lebih mengagumkan lagi, kucing ni macam dah biasa dengan lensa kamera.

Tak ke comel tu? Aaargh!!! (pitam)

Sekurang-kurangnya dapat juga melihat 'kucing-kucing berperangai comel' di Youtube. Lagipun Umi tak benarkan saya pelihara kucing, sebab Angah alah dengan bulunya. (-.-)"

Kalau mahu tonton video yang lain, channel pemilik Maru, Mugumogu ada di sini.

Blog tuan Maru juga, di sini. (Dalam bahasa Jepun, ada sedikit Bahasa Inggeris diselitkan)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an