Komik dan prejudis

Komik.

Bahan pertama yang saya baca. Kalau boleh dianggap membacalah.

Saya terdedah dengan medium gabungan lukisan dan tulisan ini sejak berusia lebih kurang 5 tahun. Pada masa itu saya terjumpa majalah Ujang milik Pak Andak (Adik Ummi) di ruang tamu rumah nenek. Sambil selak majalah itu, sambil ketawa. Padahal satu apa pun tidak faham.

Setahun kemudian, saya didedahkan pula dengan satu lagi majalah komik, Majalah Kawan. Pada masa itu saiz dan ketebalannya hampir sama dengan saiz majalah Mastika sekarang. Isinya? Jangan ceritalah, banyak juga kisah di dalamnya. Kisah dalam bentuk grafik.

Masa sekolah rendah, didedahkan pula dengan majalah Anak-Anak Sidek, Along dan Gempak. Manga pertama yang saya sentuh pula adalah Doraemon, sewaktu darjah 4. Huhuhu.

Yang paling seronok, Ayah siap buat langganan majalah Kawan selama 4 tahun berturut-turut. Siap berebut lagi dengan dia mahu baca dulu apabila majalah yang dilanggan sampai di peti surat rumah.

Syukur Alhamdulillah, komik tidak membuatkan pelajaran saya terabai. :)

[...]

Ramai yang selalu salah anggap medium ini. Tanggapan yang paling biasa adalah:

1) Komik adalah bacaan kanak-kanak.
2) Komik tidak memberi manfaat.
3) Komik adalah salah satu medium yang memaparkan adegan lucah.

Sebab ia lebih kepada lukisan. Sebab komik banyak mendedahkan perkara-perkara yang tidak bermoral. Kata mereka.

Entahlah. Mahu kata ia media yang hanya sesuai untuk kanak-kanak, komik TwinX (Komik M) itu adik saya yang darjah 4 tidak faham langsung ceritanya. Manga Shoujo yang bersepah di pasaran itupun bukan untuk kanak-kanak. Orang hilang akal sahaja yang mengatakan babak bercium yang ditapis itu sesuai untuk kanak-kanak. Agak-agaklah kan.

Kalau mahu kata yang novel mempunyai banyak genre untuk dibaca, komik juga mempunyai banyak genre. Ada kategori pembaca yang disasarkan. Di Jepun, manga terbahagi kepada 5 kategori pembaca - kodomo (kanak-kanak), shonen (lelaki, 10-18), shoujo (perempuan., 10-18), seinen (lelaki, 18-30) dan josei (perempuan, 18-44). Tentu cerita bagi setiap kategori juga berbeza, bukan? Had yang berbeza, kematangan yang berbeza, pemahaman yang berbeza. Takkan budak 6 tahun baca manga Zetman atau Gantz (manga seinen), manalah dia faham. Agak pelik jugalah kalau lelaki berusia 30-an membaca Hamtaro yang terang-terangan untuk kanak-kanak. Mungkin ada... Mungkin.

Namun, Jepun juga mempunyai tahap penapisan yang rendah. Dalam manga, orang telanjang pun tidak mengapa. (Kalau tidak salah, yang ditutup hanyalah kemaluan lelaki. Tolong betulkan kalau silap...) Detective Conan yang bersifat shonen pun ada juga scene perempuan berbikini di pantai. Dalam Doraemon pun, walaupun untuk kanak-kanak, terbabas juga Sizuka dan Nobita telanjang. Malah, sekarang bersepah doujin (komik-terbit-sendiri, ada yang merupakan parodi manga mainstream) yang menerapkan unsur ecchi, fetish, fanservice dan hentai dalam karya mereka.

Mungkin disebabkan lambakan manga yang mengandungi adegan-adegan yang tidak sepatutnya ini mendatangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap komik.

[...]

Saya rasa sedikit terkilan. Terkilan dengan artikel ini.

Seingat saya, Naruto, Bleach, One Piece dan Dragon Ball adalah manga shonen. (Tidak baca sangat sebenarnya, tetapi tetap ambil tahu bagaimana ceritanya.) Adalah sedikit seksi-meksi pada awalnya, namun kemudian terus fokus kepada jalan cerita. Tang mana yang lucahnya? Yang seksi-meksi itukah?

Kalau hanya disebabkan benda itu sahaja terus dilabel manga lucah, apa pula ceritanya dengan novel lucah yang juga bersepah di pasaran? Paparan adegan yang tidak sepatutnya diketahui remaja hijau dengan terperinci, tiada orang pula mahu pertikaikan (kalau ada pun mungkin segelintir). Apa pula dengan filem-filem yang 'balik balik cerita samseng, hantu, cinta dan komedi' yang dihasilkan tanpa sebab - hanya untuk hiburan semata-mata. (Ada beza filem yang 'ada perkara yang mahu disampaikan' dengan filem kosong...) :\

Tidak semua novel di pasaran adalah novel lucah. Novel fixi dan karya Ramlee Awang Murshid, juga novel terbitan PTS antaranya, adalah novel yang bagus di mata saya. Tidak semua filem 'entah apa-apa entah'. Filem SAM contohnya, menarik juga untuk ditonton. Komik juga, ada yang memberi manfaat. Misi 8A (Komik M) misalnya, adalah komik motivasi, siap diselitkan tip belajar lagi. Sekarang inipun ada yang menghasilkan nota sejarah menggunakan medium ini (tetapi belum pernah terjumpa lagilah bukunya... Huhu...).

Tidak bolehkah mereka melihat komik sebagai medium yang neutral, seneutral mereka melihat novel dan menonton filem? Hanya disebabkan beberapa mukasurat yang entah-apa-apa-entah, takkan terus mahu melabel keseluruhan buku itu teruk? Agak bias di situ ya. Bias. :(

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an