Bersih 3.0, kotor dan blah blah blah.

Pihak yang satu akan kata, mereka berjuang atas nama keadilan, perhimpunan yang tulus suci, sanggup buat apa sahaja demi mencapai matlamat, demi kuasa rakyat. Pihak yang satu lagi kata, mereka melawan sekadar mempertahankan diri, perhimpunan sia-sia, memalukan negara di seluruh dunia.

Ada akal, fikirlah sendiri.

[...]

Malam semalam, tonton berita, bagaikan dijangka, mesti huru hara berlaku di Dataran Merdeka siang tadi. Dari awal pagi hari itu ada sahaja update berkenaan perhimpunan yang sepatutnya berlaku secara aman itu.

Nampak sahaja muka Ketua Pembangkang di TV, saya tepuk dahi. Kenapa dia tiba-tiba ada di sana? Bukankah sepatutnya perhimpunan itu bebas daripada penglibatan mana-mana parti politik?

Jadi, malam itu juga saya cari maklumat berkenaan  perhimpunan itu. Namun info yang dimahukan hanya muncul depan mata malam tadi.

Salah satu video yang memberi pencerahan berkenaan huru-hara itu. (Boleh ditontonkah dari sini?) :/

Ya, huru hara dimulakan oleh beberapa orang manusia yang 'berotak senget'. :/

Kalau perasan, selepas tuan Ketua Pembangkang berucap dan melakukan isyarat tangan, penghadang yang diletakkan oleh DBKL atas arahan Mahkamah dirempuh. Alasannya, dapat kebenaran. Itulah punca sebenar kekecohan tersebut.

Agaknya mereka lupa siapa penganjur perhimpunan itu sebenarnya.. Sebab dia sendiri kata yang mereka tidak akan langgar sekatan yang dibuat polis.

Tidak fasal-fasal semua orang di sekitar kawasan rusuhan itu dapat susah. Peniaga terpaksa tutup kedai. Teksi tidak dapat penumpang. Pelancong terpinga-pinga, ketakutan, dan ada yang tidak dapat pulang ke negara asal kerana kekecohan tersebut. Peserta perhimpunan dapat penyakit, luka sana sini, sesak nafas dsb. Polis buang masa disebabkan huru-hara ini walaupun mereka ada banyak lagi kerja lain mahu dibuat. DBKL pula, terpaksa bersihkan kawasan sekitar selepas rusuhan disebabkan kerosakan yang dilakukan oleh segelintir para peserta (yang juga saya pasti,  berotak senget).

Saya rasa, jika tuan Ketua Pembangkang itu tiada di situ, semua itu takkan berlaku.

Lagipun saya masih tidak dapat tangkap tujuan perhimpunan ini diadakan disebabkan hampir kesemua tuntutan mereka sudah diterima. Tinggal mahu diaplikasikan sahaja.

Rasanya, sempatkah masa seminggu lebih itu untuk aplikasikan apa mereka mahu? Saya rasa tidak.

Saya pun pada awalnya sokong perjuangan mereka, tetapi saya langsung tidak setuju cara sebahagian daripada mereka (yang berotak senget itu jugalah) menunjukkan protes dengan kekasaran. Hantar memorandum sudahlah. Tidak perlu berhimpun, bergasak dengan polis itu semua. Sekalipun ia berkenaan hak asasi, ia tidak sepatutnya melangkau batas kemanusiaan.

[...]

Saya malas mahu fikir panjang pasal ini. Lebih baik saya sambung bersihkan rumah. Ada faedahnya juga, bukan? Kalau tidak pun, melayan ini. Seronok pula menontonnya.


;)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an