Nenonenonenoneno~~~ :'(
3 Januari. Selasa.
Berlaku perkara yang menjadikan pemulaan tahun 2012 ini agak teruk berbanding sebelumnya (bagi saya).
Hari itu adalah kali keempat saya menaiki ambulans, dengan siren terpasang dan saya terasa seolah-olah mahu terhumban keluar daripada ambulans tersebut (kalau kamu pernah naik ambulans, kamu akan faham).
Oh ya, saya tidak sakit. Setakat ini saya tidak pernah menaiki ambulans dalam keadaan sakit. Harap maklum.
Jadi, apa halnya sampai kena naik ambulans?
Sebab Ayah saya yang sakit. Saya dan Ummi yang temankan dia dalam perjalanan ke hospital. :(
[...]
Pada sekitar penghujung November 2011, di kampung Ummi di Hulu Langat, Selangor, sewaktu kami (saya, Anis dan Adik) berkemas mahu pulang ke rumah (sambil membawa khazanah yang saya dan Angah tinggalkan) Ayah tiba-tiba diserang demam sejuk. Dua jam kemudian baru kebah demamnya. Walaupun belum sihat sepenuhnya, Ayah gagahkan juga pandu kereta untuk berjumpa Abang di UiTM Lendu sebelum pulang ke rumah.
Sebelum ini Ayah memang ada mengadu kakinya berat (yang anehnya, kakinya tidak sakit. Cuma bengkak sahaja). Namun sejak tiba-tiba demam sejuk itu, kakinya terus membengkak dengan lebih teruk. Sampai tidak boleh berjalan langsung.
Ayah pergi ke Pusat Kesihatan UTM, dan dua hari kemudian di Poliklinik Penawar Sri Pulai untuk ujian darah. Di Pusat Kesihatan, keputusannya menunjukkan asid urik dalam darah Ayah tinggi (tanda awal gout) manakala di Poliklinik, asid urik normal tetapi protein dikesan dalam urinnya (tanda awal masalah buah pinggang).
Okey... Mana satu yang betul ini? :/
Ayah juga menggunakan cara tradisional. Mulanya pergi ke Darul Syifa berhampiran rumah, mereka tidak dapat kesan apa penyakitnya. Kemudian minta pertolongan En Razif (betulkan eja ini?), pengamal perubatan tradisional yang amat dikenali di kawasan kejiranan kami (asalnya dia menjaja sayur-sayuran). Pada malam pertama rawatan, Ayah ternampak 'sesuatu'. Perkara itulah yang menyebabkan Ayah dimandikan lebih kerap pada pagi kemudiannya. (Apakah 'sesuatu' itu? Lain kalilah cerita ya...)
Rawatan Ayah itu dilakukan dua kali sehari, selama tujuh hari; tetapi pada petang hari ketujuh, En Razif tidak dapat datang kerana isterinya dimasukkan ke hospital.
Dan pada pagi keesokkannya, saya dan Ummi berada di dalam ambulans UTM (yang dibawa macam ribut sambil siren dibunyikan), bergerak ke Pusat Kesihatan untuk diperiksa sekali lagi sebelum dihantar pula ke Hospital.
[...]
Pegawai kesihatan memeriksa kaki Ayah. Air mukanya kelihatan agak terkejut melihat keadaannya. Bengkak, berair, bernanah. (Mula berair dan bernanah sejak seminggu lepas, mahu lap tidak berani, takut menyakitkannya...)
Diambil alat pengukur tekanan darah digital, diperiksa pula tekanan darah Ayah. 114/105. Kandungan gula juga diperiksa, 11.7. "Kencing manis ni..." kedengaran suara perlahannya apabila melihat keputusan ujian itu (saya berada berhampiran, agah terkejut mendengar jumlah kandungan gula dalam darah Ayah itu)
Dan dia juga yang memutuskan agar Ayah dihantar ke hospital, dengan alasan 'kencing manis' itu.
[...]
Ayah terus dimasukkan ke wad separa kecemasan sebaik sahaja sampai di hospital. Saya dan Ummi menunggu di luar. Sempat pula membeli kopi panas untuk Ummi di mesin vending berhampiran. Agak lama menunggu barulah kami dipanggil masuk.
Seperti diduga, doktor juga keliru dengan sakit yang dialami Ayah. Ginjal Ayah diperiksa, tiada apa-apa ketidaknormalan berlaku, Dia juga sudah memeriksa sekali lagi tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. 100/85, 6.0. (Eh, turun mendadak dalam masa 2 jam?)
Akhirnya Ayah diarahkan tinggal di wad ortopedik (lelaki) di tingkat 2 bangunan hospital tersebut. Sementara doktor dan MLT cuba mencari punca penyakit yang tidak dapat dikenalpasti itu.
[...]
Semalam dan hari ini, pada waktu tengah hari, Ummi akan siapkan bubur nasi perang yang selalu dimakan oleh Ayah sementara saya menyediakan jus campuran epal hijau dan saderi (cadangan Mak Long, ayah minum sudah sebulan) untuk diisikan ke dalam botol kecil (330ml) untuk dibawa ke hospital. Ayah bukannya mahu makan makanan hospital walaupun menunya agak 'mengagumkan' (Serius, masa hari pertama dalam wad, Ayah diberikan nasi biryani bersama kurma ayam dan latah timun, dan saya disuruh menghabiskannya bersama Ummi, dia pula makan bubur nasi yang dibeli di kedai mini di tingkat bawah hospital).
Pak Chik melawat Ayah setiap hari, pada tengah hari, sejak Ayah dimasukkan ke dalam wad. Ummi ikut bersamanya, membawa bubur dan jus itu. Saya? Tinggal di rumah untuk menunggu Adik dan Anis pulang dari sekolah. (Pandai pula mereka tidak bergaduh bila Ummi dan Ayah tiada di rumah ya...)
Kelmarin Ayah agak emosional, Ummi beritahu. Mungkin terasa keseorangan agaknya. Ummi pula pada masa itu sampai agak lewat. Kaki Ayah sudah 'dressing', tiada lagi nanah dan air keluar darinya. Sudah nampak kulit yang menipis itu. Doktor syak yang sakit Ayah berpunca daripada jangkitan kuman, maka dia meminta Ummi membawa ubat yang dimakan Ayah sejak sebulan lepas.
Semalam pula, rakan sekerja Ayah datang melawat. Mereka membawa buah-buahan yang mana akhirnya dibawa pulang ke rumah. Hanya satu buah sahaja yang tinggal, buah anggur. Ummi tinggal agak lama di dalam wad sehinggalah doktor datang untuk mendressing kaki Ayah. Ayah kelihatan lucu, kerana Ayah nampaknya takut untuk menghadapi proses dressing. Sampaikan Ayah menolak kakinya dibalut, (sepatutnya kakinya dibalut kain kasa) kerana jika dibalut, jururawat akan merentap (ye ye je apa Ummi cakap ini) kain kasa tersebut menyebabkan proses dressing menjadi AMAT menyakitkan. (Kebanyakkan proses dressing memang sakit, terapi tidaklah sesakit yang dibayangkan)
Dan esok, Ummi mahu pergi lagi ke hospital untuk menghantar bubur dan jus itu. (sedang mengharapkan agar dapat pergi bersama, lagipun esok Jumaat, tentu Anis dan Adik balik awal.) :')
Ya Allah, berlkanlah kekuatan kepada Ayah untuk menghadapi dugaan ini. Moga engkau segeralah sembuhkanlah dia, hanya kepadaMu kami berserah. :'(
Notakaki: Isteri En Razif telah meninggal dunia tengah hari semalam, di hospital yang sama. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah. :(

Ulasan