Satu Tahun
Huhuhu.... Sedar tak sedar dah setahun dah umur blog ni. Cepat betul masa berlalu... Ya, di sinilah tempat saya melepaskan apa yang terpendam kalau ada yang tak puas hati, tempat saya berkongsi ilmu yang saya rasa patut disebarkan dan tempat saya mengimbas kembali memori silam yang tak indah tapi amat menyeronokkan. Dan sedar tak sedar saya dah lebih setahun berada di UTM City Campus... Eh silap, International Campus, Kuala Lumpur. Banyak betul perubahan (ada yang agak drastik) sepanjang tiga semester di UTM KL ni. Kadang-kadang tak suka langsung dengan perubahan yang dihadapi (rasa macam tak mahu je hadapi), tapi adakalanya benda yang tidak disukai itulah benda yang terbaik untuk kita. [...] Saya rindu.... Rindukan masa lepas. Rindukan zaman budak-budak bodoh-bodoh dulu... Zaman sekolah agama yang selalu tertinggal bas (nasib baik pejabat Ayah dekat je...) dan ustaz yang mengajar kami pun join bebudak lelaki kelas main beyblade (ala benda alah yang macam gasing tu) di belakang kelas ...