Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Carut-Karut-Marut

Imej
Hoho... Asal usul mencarut... (Kerja siapalah ni...) Ada sesetengah orang bila marah atau melatah mesti terkeluar 'perkataan-yang-tak-patut disebut' atau bahasa lebih mudah, mencarut. Ada pula sesetengah orang yang kalau tak mencarut satu hari tak tenteram hidup. Hmm... tak tahulah siapa manusia pertama di dunia ini yang mengasaskan aktiviti mencarut ni. (Syukur kepada ALLAH saya dilahirkan sebagai orang yang benci mencarut... Huhu) Namun, siapa yang mencarut sebenarnya tanpa disedari mengurangkan nilai maruah dirinya. Lebih-lebih lagi masyarakat di Malaysia ini (lebih-lebih lagi kaum Melayu) pada asalnya memang masyarakat yang bersopan santun. Sememangnya suatu perkara taboo untuk mencarut. Mungkinkah era modenisasi menyebabkan mencarut yang dulunya dipandang serong kini menjadi sesuatu yang biasa, yang mana jikalau tidak mencarut menunjukkan anda seorang yang 'skema', 'nerd' atau apa-apa yang sewaktu dengannya? Hmm... Tak pastilah pula... Namun yang menyebabk...