Kebisingan
DANG! DANG! DANG! Senyap. KREOK! KREEK! KREOK! KREEEK! Senyap. DANG! DANG! DANG! DANG! Senyap. WEEEEEEEEEENNNNNGGGGGGG!!!!!!!!! Senyap semula. Ikutkan hati mahu saja ditebuk dinding sebelah pejabat ni, nak suruh mereka diam. Bising sangat! [...] Itulah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Orang di sebelah firma tempat saya menjalani latihan industri sering buat bising. Kuat pulak tu. Ada masanya sampai bergegar lantai. (-.-") Sekarang ni pun saya pening kepala sebab bising sangat. Dia sedar ke tak ada pejabat sebelah tempat kerjanya tu? [...] "Agak-agaklah, kenapa orang sebelah bising sangat?" soal saya kepada Tera, juga pelajar Latihan Industri dari UiTM. "Diorang MUNGKIN renovate pejabat," jawabnya. "Tapi kenapa bising sangat? Bukan cuma perlu pasang partition sajakah?" soal saya lagi. "Mungkin bosnya banyak duit nak guna dinding betul..." kata Tera lagi sambil angkat bahu. Saya cuma angguk perlahan di tengah-tengah kebisingan itu. [...] ...