Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Nenonenonenoneno~~~ :'(

3 Januari. Selasa. Berlaku perkara yang menjadikan pemulaan tahun 2012 ini agak teruk berbanding sebelumnya (bagi saya). Hari itu adalah kali keempat saya menaiki ambulans, dengan siren terpasang dan saya terasa seolah-olah mahu terhumban keluar daripada ambulans tersebut (kalau kamu pernah naik ambulans, kamu akan faham). Oh ya, saya tidak sakit. Setakat ini saya tidak pernah menaiki ambulans dalam keadaan sakit. Harap maklum. Jadi, apa halnya sampai kena naik ambulans? Sebab Ayah saya yang sakit. Saya dan Ummi yang temankan dia dalam perjalanan ke hospital. :( [...] Pada sekitar penghujung November 2011, di kampung Ummi di Hulu Langat, Selangor, sewaktu kami (saya, Anis dan Adik) berkemas mahu pulang ke rumah (sambil membawa khazanah yang saya dan Angah tinggalkan) Ayah tiba-tiba diserang demam sejuk. Dua jam kemudian baru kebah demamnya. Walaupun belum sihat sepenuhnya, Ayah gagahkan juga pandu kereta untuk berjumpa Abang di UiTM Lendu sebelum pulang ke rumah. Sebelu...