Bersih 3.0, kotor dan blah blah blah.
Pihak yang satu akan kata, mereka berjuang atas nama keadilan, perhimpunan yang tulus suci, sanggup buat apa sahaja demi mencapai matlamat, demi kuasa rakyat. Pihak yang satu lagi kata, mereka melawan sekadar mempertahankan diri, perhimpunan sia-sia, memalukan negara di seluruh dunia. Ada akal, fikirlah sendiri. [...] Malam semalam, tonton berita, bagaikan dijangka, mesti huru hara berlaku di Dataran Merdeka siang tadi. Dari awal pagi hari itu ada sahaja update berkenaan perhimpunan yang sepatutnya berlaku secara aman itu. Nampak sahaja muka Ketua Pembangkang di TV, saya tepuk dahi. Kenapa dia tiba-tiba ada di sana? Bukankah sepatutnya perhimpunan itu bebas daripada penglibatan mana-mana parti politik? Jadi, malam itu juga saya cari maklumat berkenaan perhimpunan itu. Namun info yang dimahukan hanya muncul depan mata malam tadi. Salah satu video yang memberi pencerahan berkenaan huru-hara itu. (Boleh ditontonkah dari sini?) :/ Ya, huru hara...