Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Kicap dan Sarsi

Ayah selalu membeli kicap berjenama Jalen - sebab setakat ini jenama itu sahajalah yang dijual dalam botol saiz 5kg. Tidak lama kemudian, dia juga mula membeli kordial sirap ros dan sarsi. jenama yang sama, berat yang sama. Jadi, boleh jangkalah bagaimana pembungkusannya. [...] Malam kelmarin. Tiba-tiba terasa mahu makan mi segera. Ada mi segera goreng yang baru dibeli. Anis dan Angah kata, mi segera itu pedas (kata sahaja perisa asli). Mereka telah mencubanya sebagai menu untuk bersahur untuk puasa ganti beberapa hari lepas. Maka saya pun bercadang menambahkan sedikit kicap manis dalam mi segera itu setelah siap dimasak. Tangan terus mencapai botol kicap di sebelah dapur tanpa melihat labelnya, sambil berbual-bual dengan Angah yang tidak habis-habis merepek. Selesai menambah sedikit kicap, barulah saya melihat label botol tersebut. 'Kordial Sarsi'. Ah sudah. Mahu buang, membazir pula. Sudah diadun secukup rasa pula itu. Angah pula, bukan main lagi ketawakan saya ...