Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Komik : Kapsyen YouTube Merapu

Imej
Tragis sungguh kapsyen... Eh, sarikata... Eh, apa-apa sahajalah. (-.-)" Patutkah saya beritahu tuan empunya video? Klik sini untuk kejelasan tahap izhar halqi. :P Notakaki 1: ROFLOL = ROFL + LOL (berguling atas lantai sambil ketawa terbahak-bahak) Notakaki 2: Belum dapat dipastikan lagi jika orang lain dapat baca kapsyen / sarikata / CC yang sama, di video sama menggunakan komputer berbeza. Namun saya sudah cuba pakai Firefox dan Google Chrome, dan hasilnya sama sahaja .

Hari Bahagia Abang

Imej
Ya. Rabu lepas adalah hari bahagia buat manusia yang tweet benda alah di atas ini. Lama benar nampaknya kalau hari ini baru nak pos. :P (...) Rabu lepas, kami sekeluarga (kecuali Anis yang ditinggalkan di Politeknik - sila rujuk pos lepas) pergi ke UiTM Lendu, Melaka. Kerana benda di bawah ini. Ya, hari Konvokesyen di sana, dan Abang adalah salah seorang penerima diploma yang naik ke atas podium tersebut. Angah sangat gigih kerana mahu sertai kembara ke Lendu ini, disebabkan hari hantar dan pembentangan tugasan (yakni hari tersebut) ditunda.  Abang telah pergi lebih awal, dua hari sebelum konvokesyen, untuk menyelesaikan apa yang patut. Sepanjang dua hari itu juga, dia menumpang tidur di rumah Kak Ira, yang tinggal berhampiran UiTM Lendu. Jadinya, kami singgah di rumah Kak Ira untuk mengambilnya untuk diangkut bersama ke lokasi konvokesyen. Budak bakal naik podium. :P  Kami menapak ke Dewan Taming Sari, lokasi konvokesyen diadakan. Entah ...