Ya. Rabu lepas adalah hari bahagia buat manusia yang tweet benda alah di atas ini. Lama benar nampaknya kalau hari ini baru nak pos. :P (...) Rabu lepas, kami sekeluarga (kecuali Anis yang ditinggalkan di Politeknik - sila rujuk pos lepas) pergi ke UiTM Lendu, Melaka. Kerana benda di bawah ini. Ya, hari Konvokesyen di sana, dan Abang adalah salah seorang penerima diploma yang naik ke atas podium tersebut. Angah sangat gigih kerana mahu sertai kembara ke Lendu ini, disebabkan hari hantar dan pembentangan tugasan (yakni hari tersebut) ditunda. Abang telah pergi lebih awal, dua hari sebelum konvokesyen, untuk menyelesaikan apa yang patut. Sepanjang dua hari itu juga, dia menumpang tidur di rumah Kak Ira, yang tinggal berhampiran UiTM Lendu. Jadinya, kami singgah di rumah Kak Ira untuk mengambilnya untuk diangkut bersama ke lokasi konvokesyen. Budak bakal naik podium. :P Kami menapak ke Dewan Taming Sari, lokasi konvokesyen diadakan. Entah ...