Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Yang pelik-pelik... Bagi sayalah.

Imej
Gambar-gambar ni diambil masa cuti semester lepas. Bagi saya peliklah. Kalau orang lain tak pelik tak taulah. [1] Dongak atas langit... Eh, apa tu? Benda apa yang tergantung kat kabel telefon tu? Zoom sikit, biar nampak. Eh, macam pernah nampak. Zoom lagi. Eh, ni macam... Pergi dekat sikitlah... Eh, ni kan pengecas handphone ? Macam mana boleh tergantung kat atas tu? [2] Angah baru balik dari kedai. Tiba-tiba dia memanggil saya masuk ke bilik. Kemudian, Angah menunjukkan not RM10 dan bertanya, "Nah. Along tengok ni. Apa yang pelik dengan duit ni?" Lama juga saya tenung duit tu (gambar di atas). Dibelek-belek duit tu. Macam asli. Tapi macam ada kurang, apa ya... "Along, ni duit palsukah?" tanya Angah lagi. Saya angkat bahu tanda tidak tahu. Duit tu saya tunjukkan kat Umi. Umi pun confuse sama ada duit itu asli atau tak. Selang beberapa hari kemudian, Angah gunakan duit tu untuk online di kafe siber berhampiran rumah. [...] Tu je nak cerita... Huhu... (^-^)

Kartun.

Imej
Salam Maal Hijrah! Lambat sangat nak wish . Patutnya semalam. Lagipun dah lama sangat tak update sejak entri terakhir ditulis. Ni baru ada masa. Sepanjang cuti, Ayah beri ' assignment ' suruh terjemah nota-notanya daripada bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Dua minggu pertama kerjanya tu je la. Baki dua minggu lagi digunakan untuk menconteng-conteng. (Tengok gambar kat atas) Tiba-tiba terdengar kata-kata Angah yang melihat dari tadi, "Along bila nak ada komik sendiri? Yang betul-betul di publish tu." Alahai... Along belum sedialah, wahai 'tuan puteri buluh tumpang' ku sayang... [...] Saya mula melukis kartun sejak darjah 2. Waktu tu majalah Along (ala yang macam kucing tu...) sangat famous . Jadi saya cuba melukis balik karakter Along tu. Bila dah berjaya, saya cuba karakter Usop Sontorian pulak. Walaupun tak berapa jadi, tapi saya tetap puas hati. At least ada la rupa Usop Sontorian tu. Oh ya, saya cuma reti (tak berani nak kata 'pandai', banyak...