Di Sebalik Batu Angin (Itriah kena tepung!)
Semalam, 4.00pm, selepas Test Kajian Undang-Undang. Semua orang kelegaan setelah jawab test . Rupa-rupanya test tidaklah serumit yang dijangkakan, namun ada yang resah sebab tersalah beri fasal dan subfasal dalam JKR203A (10/83). Itriah bersama Lea, Mas, Shifa dan geng seangkatan saling membuat photoshoot di dalam studio. Melepaskan gementar dan kegembiraan di dalam foto yang menjadi kenangan di dalam Iphonenya. Dia langsung tidak sedar bahawa di luar studio, ada 'pakatan cucur kodok' sedang bersiap-sedia menunggunya keluar. Haha... Cik Ki dah standby tepung sekilo tu~~~ Di saat Itriah keluar dari studio, POOF!!! Secara tiba-tiba, tudungnya berubah warna daripada hitam ke putih. Habis pakaian, fail dan begnya dilapisi taburan tepung gandum. Si pembuat onar sudah menghilangkan diri sebelum sempat menjadi mangsa Itriah yang sudah 'naik hantu'. Itriah mencari mangsa. Dia ternampak sesuatu lalu menghampiri StudioKayu. PUFF! Daeng yang menyorok di sebalik pokok menjadi ...