Pagi tadi, sewaktu kelam-kabut hendak ke studio untuk subjek Final Project, saya ditahan oleh Ketua Blok (tak ingat nama) di luar asrama. "Akak, akak kena masuk dulu," katanya. Kemudiannya dia melaung, "Semua orang masuk ke bilik dulu!" Saya kehairanan. Mulanya mahu menurut, namun bila mengenangkan risiko kehilangan markah kerana tidak hadir, saya terus bersemuka dengan ketua blok. Setelah lebih kurang 5 minit berbincang dengannya, akhirnya saya dibenarkan keluar asrama. Saya seorang saja. Sewaktu menyarungkan sepatu, terdengar pertanyaan yang sangat munasabah daripada seorang lagi penghuni blok, "Kenapa ni, sampai kami tak boleh keluar langsung?" Dan jawapan Ketua Blok amat mengejutkan. "Sebab 2 biji laptop hilang malam tadi." [...] Ya, 2 biji laptop hilang dalam tempoh 4 jam. Satu milik Nabila, dan satu lagi milik Hanis. Tidak diketahui bagaimana boleh hilang, sebab hilang dalam bilik. Tingkap dan pintu ditutup. Namun tetap juga berlaku kecuria...