FB Hacked (amatur version)

Sejak akhir-akhir ni banyak Facebook orang yang kena hack. Kadang-kadang tak faham, seronok sangat ke hack Facebook orang lain?

Yang tertera di bawah ini adalah contoh mereka yang di'hack'. Kalau kenal siapa mereka ni, mesti tak percaya yang mereka meluahkan kata-kata sebegitu. (-.-)"

Ikram ni tak sedar yang dia kena hack. Dia ke kafe sewaktu status ni muncul di wall dia.
(Patut la si Eton suruh like status ni... (-.-)")

Zerin merajuk sudah....

Ahaha... Chong sudah marah~~~

[...]

Tapi, sebenarnya saya pun nyaris di'hack'.

Sewaktu menyiapkan kerja di studio sewaktu kelas Final Project (menggunakan laptop), saya ke tandas sebentar.

Apabila saya kembali ke studio tidak lama kemudian, saya ternampak se'ekor' manusia membuka wall Facebook saya (saya sempat ber'facebook' di situ. Wifi di studio nampaknya lebih laju dan baik berbanding di asrama...), sedang menaip sesuatu di ruangan status.

Lantas saya menghampiri, sebelum berdiri sambil bercekak pinggang di belakangnya.

Dia menyedari kehadiran saya seketika kemudian, sebelum dia selesai menaip 'status merepek' itu, sebelum dia menerbitkan status itu, dan setelah beberapa orang rakan sekepalanya menyuruhnya secara tidak langsung untuk menoleh ke belakang.

Dia memandang saya. Saya memandang dia. Dia terus tersengih seperti kerang busuk.

Selepas itu? Itu dah jadi kisah lain.

[...]

Kes-kes sebegini memang banyak. Tapi kebanyakannya cara amatur. (Kalau cara advance, saya tak tau~~~)

Tak susah nak hack Facebook orang cara amatur ni sebenarnya. Menggodak-godak laptop atau notebook sewaktu tuannya tiada, check sama ada orang itu online Facebook atau tak, kemudian kalau online taip status merepek , lepas tu terbitkan di wall. Bila orang itu menyedari ada status yang bukan dia taip, benganglah dia. Masa tu si pembuat onar bolehlah 'buat-buat tak tau apa-apa'.

Moral of the story, pastikan sebelum ke mana-mana, lock laptop atau log off Facebook. Senang~~~ (^-^)

Notakaki: Setakat ni diorang main hack Facebook ini cuma untuk suka-suka je. Belum ada lagi mereka yang hack untuk balas dendam aka 'buat dajal' setakat ni...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an