Hilang dan Curi 4

Pagi tadi, sewaktu kelam-kabut hendak ke studio untuk subjek Final Project, saya ditahan oleh Ketua Blok (tak ingat nama) di luar asrama.

"Akak, akak kena masuk dulu," katanya. Kemudiannya dia melaung, "Semua orang masuk ke bilik dulu!"

Saya kehairanan. Mulanya mahu menurut, namun bila mengenangkan risiko kehilangan markah kerana tidak hadir, saya terus bersemuka dengan ketua blok. Setelah lebih kurang 5 minit berbincang dengannya, akhirnya saya dibenarkan keluar asrama. Saya seorang saja.

Sewaktu menyarungkan sepatu, terdengar pertanyaan yang sangat munasabah daripada seorang lagi penghuni blok, "Kenapa ni, sampai kami tak boleh keluar langsung?"

Dan jawapan Ketua Blok amat mengejutkan.

"Sebab 2 biji laptop hilang malam tadi."

[...]

Ya, 2 biji laptop hilang dalam tempoh 4 jam. Satu milik Nabila, dan satu lagi milik Hanis.

Tidak diketahui bagaimana boleh hilang, sebab hilang dalam bilik. Tingkap dan pintu ditutup. Namun tetap juga berlaku kecurian.

Oh 'terbaek'. (=.=)
Belum lagi hilang kehangatan kes kehilangan kasut di asrama siswa, di sini pula ada kecurian.

Nabila kelihatan kesal teramat. Memanglah itu laptop biasa yang boleh ditukar ganti, namun isi kandungan laptop itu, yang merupakan tugasan sepanjang belajar di universiti, hilang bersamanya. Sudahlah hampir study week (lebih kurang 2-3 minggu sahaja lagi), maka waktu inilah 'musim sibuk pelajar tahun 3' berlaku. Maka, keadaan ini merupakan antara situasi yang tidak diingini langsung.

[...]

Menurut Nabila, laptopnya diletakkan di tepi tingkap.

Hanis juga mengatakan bahawa laptopnya juga diletakkan di tepi tingkap.

Dan kedua-dua tingkap tidak diselak (dikatup rapat) pada masa kejadian.

Kesimpulannya?

[...]

Selepas spotcheck (membayangkan muka Kak Sidah pada masa itu) disahihkan tiada siswi yang 'terambil' kedua-dua laptop tersebut. Maka, orang luar pula disyaki (terutamanya buruh binaan di tapak berhampiran).

Sangat hairan sebab punyalah dekat asrama tu dengan pondok pengawal, tapi boleh hilang juga. Orang yang mencuri itu orang ghaibkah? Atau semua 'Pak Guard' tidak bertugas pada masa itu? (tap-tap bibir)

Harap manusia yang berkenaan itu menerima balasan setimpal! (=.=)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an