Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Oh WiFi Kampus...

Imej
CICT Unitekma KL beri had 30 hari untuk online dalam kampus. Limit download pula 5GB (saya tak berapa faham pasal limit download ni...), maka setiap kali habis limit , kena register semula secara online . Tapi masalah saya dah jadi lain macam pula. Masalah timbul bila saya online , dan tiba-tiba disconnect . Bila dapat connect balik dia suruh register semula, padahal baru register tu, setakat buka emel dan google je kot. Fed-up punya pasal, saya pun re-register banyak kali (mematuhi arahan). Dan ini hasilnya. WAAAA~~~~ Banyaknya baki hari! Kalau macam ni, dah habis diploma pun masih boleh guna lagi. Kalau kat Unitekma KL la. Unitekma JB tak pasti. XD Notakaki: Kepada CICT UTMKL, sila update database anda. Separuh daripada rakan sekuliah tak boleh akses e-learning walaupun pakai WiFi kampus. ;)

Kismis, Jigsaw Puzzle dan .....

Imej
Saya gemar makan kismis sebagai snek, untuk menggantikan gula-gula. Yalah, orang kata kismis ni mampu mencerahkan minda. Saya gemar rasanya yang masam-manis-sedikit kelat itu sejak kecil. Malah harganya pun taklah banyak berubah walaupun sudah bertahun-tahun. Sekotak biasanya dalam RM1-RM2 sahaja, bergantung dengan tempat kismis itu dihasilkan. Dan semalam, disebabkan teringin nak makan kismis, saya beli kismis ini di kiosk Unitekma KL. Harganya RM1. Adalah dalam 4-5 kotak lagi yang tinggal masa tu. Kismis ni lain sikit daripada yang biasa saya makan, kerana ia menyediakan permainan jigsaw puzzle percuma, berbeza dengan yang lain yang beri pelekat doa (yang adik saya buat tampal di pintu bilik) dan ada yang tak beri apa-apa langsung. Kebetulan sedang kebosanan, maka saya bermain dengan jigsaw puzzle yang mudah itu. (Ala, dapat percuma, kan. Apa salahnya...) Selepas selesai bermain, saya tersentak. Gambar jigsaw puzzle ini sangat familiar ... Tapi di mana ya? Ya, gambar jigsaw puzzl...