Oh WiFi Kampus...

CICT Unitekma KL beri had 30 hari untuk online dalam kampus. Limit download pula 5GB (saya tak berapa faham pasal limit download ni...), maka setiap kali habis limit, kena register semula secara online.

Tapi masalah saya dah jadi lain macam pula.

Masalah timbul bila saya online, dan tiba-tiba disconnect. Bila dapat connect balik dia suruh register semula, padahal baru register tu, setakat buka emel dan google je kot. Fed-up punya pasal, saya pun re-register banyak kali (mematuhi arahan).

Dan ini hasilnya.
WAAAA~~~~ Banyaknya baki hari!

Kalau macam ni, dah habis diploma pun masih boleh guna lagi. Kalau kat Unitekma KL la. Unitekma JB tak pasti. XD

Notakaki: Kepada CICT UTMKL, sila update database anda. Separuh daripada rakan sekuliah tak boleh akses e-learning walaupun pakai WiFi kampus. ;)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an