Kismis, Jigsaw Puzzle dan .....
Saya gemar makan kismis sebagai snek, untuk menggantikan gula-gula. Yalah, orang kata kismis ni mampu mencerahkan minda. Saya gemar rasanya yang masam-manis-sedikit kelat itu sejak kecil. Malah harganya pun taklah banyak berubah walaupun sudah bertahun-tahun. Sekotak biasanya dalam RM1-RM2 sahaja, bergantung dengan tempat kismis itu dihasilkan.
Kismis ni lain sikit daripada yang biasa saya makan, kerana ia menyediakan permainan jigsaw puzzle percuma, berbeza dengan yang lain yang beri pelekat doa (yang adik saya buat tampal di pintu bilik) dan ada yang tak beri apa-apa langsung. Kebetulan sedang kebosanan, maka saya bermain dengan jigsaw puzzle yang mudah itu. (Ala, dapat percuma, kan. Apa salahnya...)
Selepas selesai bermain, saya tersentak. Gambar jigsaw puzzle ini sangat familiar... Tapi di mana ya?
Dan semalam, disebabkan teringin nak makan kismis, saya beli kismis ini di kiosk Unitekma KL. Harganya RM1. Adalah dalam 4-5 kotak lagi yang tinggal masa tu.
Kismis ni lain sikit daripada yang biasa saya makan, kerana ia menyediakan permainan jigsaw puzzle percuma, berbeza dengan yang lain yang beri pelekat doa (yang adik saya buat tampal di pintu bilik) dan ada yang tak beri apa-apa langsung. Kebetulan sedang kebosanan, maka saya bermain dengan jigsaw puzzle yang mudah itu. (Ala, dapat percuma, kan. Apa salahnya...)
Selepas selesai bermain, saya tersentak. Gambar jigsaw puzzle ini sangat familiar... Tapi di mana ya?
Ya, gambar jigsaw puzzle itu ialah gambar kulit buku 'Liga Pendekar-Perikatan Adiwira', karya Azhar Abdullah. Terbitan Unit Komik-M, PTS. Saya pernah membaca komik ini dan sedang menunggu sambungannya (sebab menurut pengkarya, siri ini ada sambungan). Komik ini juga telah menang besar dalam Anugerah PeKOMIK 2009.
Rasanya, kalau mengikut Akta Hakcipta, sepatutnya si pengilang kismis ni kena saman, sebab menggunakan karya orang lain tanpa kebenaran. Lagipun jigsaw puzzle tu rasanya dimasukkan dalam bungkusan sebagai pelaris jualan. Kanak-kanak sukalah dapat mainan free macam ni.
Hmm.... Tiba-tiba rasa bersalah pula sebab terbeli kismis ni... Huhuhu~~~ v(-.-)"v
Ulasan
Kalau nak, pergi beli sendiri kismis tu. Kat Kiosk ada berlambak.
Hohohoho~~~ XD