Halal dan Haram: Kek Secret Recipe?

Angah penggemar kek Secret Recipe.
Dan hari ini, dia buat muka kelat.

Kenapa? Sila klik link di bawah.



Oh ya, seorang kawan blogger merangkap junior kursus (dan juga kawan sekuliah Angah), Fahmi juga kelihatan agak kesal dengan hal ini.

Maka, saya pun buatlah sedikit penyiasatan... (cheh, macam Detective Conanlah pula...)

Link yang dirujuk:


Daripada link di atas, dinyatakan bahawa syarikat yang bermasalah adalah 'PURATOS SDN BHD' dan BUKAN 'SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD'. Jenama barang yang dinyatakan juga adalah 'Puratos', bukan 'Secret Recipe'.

Jenama Puratos juga banyak ditemui di Carrefour.

Gambar di atas sebagai bukti.
Kalau tak percaya, klik attachment di sebelah barang yang berjenama 'Puratos'.
(klik untuk lihat lebih jelas, ia berada di dalam kotak merah)

Maka, bagi mereka yang membuat entri tersebut, dinasihatkan untuk membuat kajian sebelum membuat penyataan. Kalau memang betul, tidak mengapalah juga. Kalau salah, bukankah akan jadi fitnah. Habis semua orang kena menjawab di Akhirat kelak. (-.-)" Saya anggap sahaja sebagai 'kes baca tak habis'. :)

UPDATE: Sekali 'Secret Recipe' buat pernyataan daa....

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an