Nostalgia Tadika

Dulu. Akhir tahun 1996.

Hari itu adalah hari berlangsungnya majlis 'ala-ala graduasi' bagi kanak-kanak yang belajar di Tadika Ihsan.

Majlis ini tidak dibuat di perkarangan tadika, tetapi di dalam Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai.

Oh ya, lupa mahu beritahu, Tadika Ihsan ini tadika yang terletak di dalam UTM. Berhampiran padang kawad UTM itu sahaja. :3

Saya bersama rakan-rakan satu tadika, memakai jubah graduasi berwarna maroon (merah hati?) dengan lapel hijau terusi dan diberikan panduan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika berada di atas podium. Tiba-tiba perut terasa agak sakit tetapi saya menahannya. Dan sakit itu hilang tidak lama kemudian.

Ya, segalanya berjalan dengan lancar. Ucapan daripada guru besar tadika, persembahan Silat, nyanyian nasyid (yang mana saya turut terlibat sama) dan akhirnya majlis penganugerahan sijil. Rasa amat gembira bila mendapat sijil itu, walaupun pada mulanya agak takut sebab riak muka orang yang beri sijil itu macam 'nak makan orang'. (-.-)" :D

Selepas selesai majlis barulah saya terkejar-kejar ke tandas di pejabat ayah lebih kurang 100 meter dari situ. Sebab sakit perut tadi datang semula dengan lebih teruk. (Langsung tak sedar dalam dewan itu ada tandas. Apalah...) XD

[...]

Kini. Tahun 2011.

Lebih kurang 25 jam 30 minit lagi dari sekarang, akan berlangsung majlis Konvokesyen bagi pelajar Diploma Unitekma (UTM) KL. Di tempat yang sama. Bakal berjalan di atas podium yang sama. Dengan suasana yang sedikit berbeza, kerana ini konvokesyen sebenar, bukan majlis graduasi-biasa-biasa sahaja.

Bila memikirkan yang saya pernah naik ke podium merah yang boleh tahan besar itu kira-kira 15 tahun lepas, rasa mahu ketawa pua ada juga. Teringatkan juga perbualan dengan Tera, rakan satu tempat praktikal tahun lepas yang secara kebetulan satu tadika juga dengan saya.

"Tak mahulah belajar sana (UTM), sebab dulu dah merasa naik atas pentas dewan tu. Kali ini rasa di tempat lainlah pula." Itu jawapan Tera apabila saya bertanyakan sebab dia belajar di UiTM. Apakah? :/ :D

Dan apabila bertemu rakan-rakan sekuliah sebaik sahaja selesai raptai pada hari Jumaat lalu, terasa ada lagi nostalgia yang bakal terbit.

Ya. Esok, nostalgia lama bakal terimbau kembali. :') (Ceh, melankonik sungguh!)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an