Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Hilang dan curi...

Baru-baru ni ada kawan saya hilang hp ( handphone ). Tapi sebenarnya bukan hilang, tapi tertinggal dalam teksi. Kira hilanglah tu. Kena pulak beberapa minggu sebelumnya ada orang yang satu hostel dengannya hilang hp gak. Tapi kes yang lagi satu ni bukan hilang, tapi kena curi. Macam mana kena tak tahulah, tapi bilik si malang tu betul-betul sebelah tangga. Pikirlah sendiri. Berbalik kepada perihal kawan saya yang kehilangan hp tu, dia telefon banyak kali hp dia. Lagilah hp tu tak di silent kan, jadi cuma orang pekak je yang tak dengar bunyi hp dia. Dia telefon 7 kali, kali ketujuh tu hp tu dah off . Nak kata hp tu habis bateri, tak juga. Baru je dicas. Frust gila dia sepanjang hari tu, dah tak tau nak minta tolong kat siapa lagi dah. Mintak tolong pak guard kat situ pun tak guna, dia pun tak tau nak buat apa-apa. Em... Senang cakap, macam nilah kebanyakan orang kita. Kalau jumpa barang orang, dengan segera dianggapnya rezeki terpijak. Bukannya ada inisiatif nak cari tuan punya barang...

Ini satu kisah, di Unitekma (1.2)

~~~~Sambungan dari (1.1)...~~~~ Balik dorm tengah hari tu, terus sakit kepala. Dari sakit di perut naik ke kepala... (mesti sebab pertandingan debat malam nanti... Huhuhu...) Makan pun dah macam takde selera dah. Macam mana nak get ready bila cari ahli tengah hari, pertandingannya malam nanti. Kengkadang rasa geram pulak dalam hati, pasal kenapa mereka tak cari peserta sebelum cuti (2 minggu lepas)? Hem... Nak marah pun tak guna, sebab benda dah lepas... Terus saya pakai minyak kapak sikit sebelum tidur sebentar (Naz, roomate saya pun nasihatkan saya supaya rehat kejap utk kurangkan sakit kepala tu) sebelum bangun semula lebih kurang 2 jam kemudian. Syukur Alhamdulillah, sakit kepala saya kurang sedikit berbanding sebelum tidur tadi. Selepas siap-siap apa yang perlu, saya terus pergi ke perpustakaan (kelas petang tu dibatalkan, memang kena dengan masa pun...) untuk cari maklumat utk pertandingan debat malam tu. Lea pun pergi ke perpustakaan untuk cari info-info, juga utk pertandinga...

Ini satu kisah, di Unitekma (1.1)

Masa tu, hari Isnin, baru masuk tengah hari, lebih kurang seminggu sebelum bulan puasa bermula. Saya masa tu penat (sebab kena buat amali kerja ukur tetengah panas, lebih-lebih lagi saya baru je pulang dari rumah sehari sebelum tu) bercampur sakit perut (pasal pagi tu tak sarapan... Padan muka saya... Hehehe...) terus masuk ke studio (yang kebetulan pada hari itu ada perjumpaan kelab QSBINA, dan saya salah satu ahlinya), tarik kerusi dan duduk, dengan kepala menyembam meja. Penat sangat sampai hampir tertidur kat situ. Waktu itu terbayang di kepala hendak tidur di dorm sebelum study subjek Tek Bin, sebab subjek tu banyyyyyyyyyyyak sangat gambar rajah untuk diingat. Lebih-lebih lagi petang itu ada perjumpaan kelab PC untuk ambil uniform kerana pada hari Rabu kelab PC dikehendaki menyertai 'Perbarisan Hormat' sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Jalan Cantik, Unitekma. Dalam keadaan mamai+mamun+keliru+sakit, lebih-lebih lagi saya langsung tak beri tumpuan sepanjang...

Kali pertama

Orang kata bila masuk universiti, (kira dunia baru la...) kita akan mula rasa dan buat benda-benda yang tak pernah kita buat. Kenapa? Sebabnya masa tu kita bebas dari pantauan ibu bapa (Opps... Bukan bebas sepenuhnya ya... Masih tertakluk pada peraturan... Huhuhu...) Betul ke? Em... Tak semestinya kita kena masuk universiti dulu baru merasa benda-benda yang baru, kan. Apa yang membezakan zaman sekolah dan universiti cuma peraturan (yalah, masa sekolah dulu, sebahagian besar hari kita dihabiskan di sekolah. Kat universiti pulak kita bebas nak buat apa saja, tapi kelas kena datang dan assigment kena selalu hantar) dan umur kita (alah, yang dah berumur 18 tahun dikira sebagai dewasa, apa-apa hal kena tanggung sendiri, tak macam masa sekolah dulu di mana kita buat salah, mak ayah kena tanggung... hehehe...) Dah banyak benda yang saya alami sepanjang 18 tahun (masa blog ni ditulis...), kadang-kadang tu tak tahu kenapa benda tu yang dihadapi dulu. Pelik juga rasanya bila memikirkan balik. S...