Ini satu kisah, di Unitekma (1.1)

Masa tu, hari Isnin, baru masuk tengah hari, lebih kurang seminggu sebelum bulan puasa bermula. Saya masa tu penat (sebab kena buat amali kerja ukur tetengah panas, lebih-lebih lagi saya baru je pulang dari rumah sehari sebelum tu) bercampur sakit perut (pasal pagi tu tak sarapan... Padan muka saya... Hehehe...) terus masuk ke studio (yang kebetulan pada hari itu ada perjumpaan kelab QSBINA, dan saya salah satu ahlinya), tarik kerusi dan duduk, dengan kepala menyembam meja. Penat sangat sampai hampir tertidur kat situ.

Waktu itu terbayang di kepala hendak tidur di dorm sebelum study subjek Tek Bin, sebab subjek tu banyyyyyyyyyyyak sangat gambar rajah untuk diingat. Lebih-lebih lagi petang itu ada perjumpaan kelab PC untuk ambil uniform kerana pada hari Rabu kelab PC dikehendaki menyertai 'Perbarisan Hormat' sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Jalan Cantik, Unitekma.

Dalam keadaan mamai+mamun+keliru+sakit, lebih-lebih lagi saya langsung tak beri tumpuan sepanjang perjumpaan tu (sebab tempat yang saya duduk tu agak tersorok... Jadi tiada orang perasan kalau saya makan sekalipun... Heheheh...), kedengaran nama saya sayup-sayup disebut. Bukan sekali tapi banyak kali. Terus saya angkat kepala.

"Korang yakin ke dia boleh?" kedengaran suara Abang Alif selaku pengerusi kelab QSBINA bertanya kepada kumpulan yang tak habis-habis menyebut nama saya tadi.

"Yakin sangat. Dia ni banyak fakta," jawab seseorang (saya masih kabur masa tu... jadi tak perasan siapa) yang menjadi 'kepala' dalam kumpulan itu. Terus Abang Alif mencatat sesuatu di atas kertas.

Kemudian saya bersama tiga orang lagi (Lea, Nas dan Hafiy) diminta tinggal di studio selepas perjumpaan tamat. Saya (yang masih blur) pun menurut. Abang Alif terus menanyakan pengalaman kami menyertai debat perdana.

Debat perdana?

Terus saya bertanya (dengan nada yang kedengaran agak bodoh), "Kami kena masuk pertandingan debat ke?"

Abang Alif terus menerangkan pasal pertandingan debat perdana yang ala-ala parlimen tu, yang memang dianjurkan oleh pihak Unitekma setiap tahun. Perserta yang masuk pula terdiri daripada ahli-ahli kelab yang wujud di sekitar Unitekma ni. Wakil daripada setiap kelab pula 3 ahli tetap dan 1 ahli simpanan.

Em... Pasal tu, saya tak kisah, walaupun tak pernah tengok debat perdana (hatta dalam TV sekalipun). Mesti ada masa untuk berlatih, kan.

"Bila pertandingan debat yang kami kena masuk ni?" tanya Hafiy.

"Malam ni..." Dengan selamba badaknya Abang Alif menjawab.

"HAAAAAAA???????!!!!!!!" Kami tersentak, serentak.

~~~bersambung di (1.2)......~~~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an