Hilang dan curi...
Baru-baru ni ada kawan saya hilang hp (handphone). Tapi sebenarnya bukan hilang, tapi tertinggal dalam teksi. Kira hilanglah tu. Kena pulak beberapa minggu sebelumnya ada orang yang satu hostel dengannya hilang hp gak. Tapi kes yang lagi satu ni bukan hilang, tapi kena curi. Macam mana kena tak tahulah, tapi bilik si malang tu betul-betul sebelah tangga. Pikirlah sendiri.
Berbalik kepada perihal kawan saya yang kehilangan hp tu, dia telefon banyak kali hp dia. Lagilah hp tu tak disilentkan, jadi cuma orang pekak je yang tak dengar bunyi hp dia. Dia telefon 7 kali, kali ketujuh tu hp tu dah off. Nak kata hp tu habis bateri, tak juga. Baru je dicas. Frust gila dia sepanjang hari tu, dah tak tau nak minta tolong kat siapa lagi dah. Mintak tolong pak guard kat situ pun tak guna, dia pun tak tau nak buat apa-apa.
Em... Senang cakap, macam nilah kebanyakan orang kita. Kalau jumpa barang orang, dengan segera dianggapnya rezeki terpijak. Bukannya ada inisiatif nak cari tuan punya barang (melainkan dia dah cari tuannya tapi tak jumpa, hantar je ke balai polis kalau barang tu terlampau penting atau bernilai tinggi...) Silap haribulan, kalau hilang dompet, kalau jumpa balik mesti duitnya dah hilang. Kalau hp lagilah. Entah-entah dah dibuat harta sendiri, tak pun dia jual hp tu. Kesian tuan asal hp tu. Manalah tau kalau-kalau dia baru beli pakai duit simpanan dia ke, tak pun ada nostalgic value pada barang yang dia hilang tu...
Saya pun selalu gak hilang barang, tapi setakat ni hp, dompet dan barang-barang yang 'ultra penting' tak hilang atau kena curi lagilah. Hilang duit dah biasa, hilang barang pun dah biasa. Kengkadang tu naik pelik sebab yang hilang tulah barang yang ada nostalgic value. Bengang jugaklah, cubalah cari kat mana-mana takut tercicir ke, tapi last-last pasrah ajelah. Mungkin takde jodoh saya ngan barang-barang tu. Hem... Nak kata saya ni cuai sangat, tak jugak...
Kali terakhir saya hilang barang yang tak jumpa langsung ialah masa pergi lawatan di Terengganu. Masa tu menginap di sebuah asrama anak yatim. Barang yang hilang pulak ialah sebatang pensil mekanikal berwarna biru. Dengarnya macam biasa, tapi pensil tulah yang saya guna sepanjang bersekolah menengah. Huhu... Melilau cari barang tu tetengah malam buta sebab esoknya pagi-pagi lagi nak bertolak ke tempat lain. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana kan... Mesti ada hikmahnya asyik hilang barang ni...
Ya, memang ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya saya taulah macam mana rasanya hilang barang yang sangat kita sayangi, lantas terasa lebih bertanggungjawab kalau terjumpa barang milik orang lain.
Itu kalau kes barang hilang, macam mana kalau barang kena curi?
Em... Pelik memikirkannya. Orang yang mencuri tu dah takde wang dan kerja sangat ke sampai nak mencuri? Dahlah makan rezeki haram, menyusahkan orang lain lak tu...
Pernah berlaku satu kes di Unitekma di mana ada orang cuba mencuri di dalam dewan kuliah. Perhatian, kes ni berlaku pada waktu malam. Sebab tulak takde orang perasan. Mana pak guard? Ntah...Saya pun tak tau...
Yang pasti, keesokan harinya tetikus wayarless di dewan kuliah tu hilang, sebahagian besar lampu di dewan tu langsung tak boleh dion, pendingin hawa langsung takde respon bila ditekan suis beratus kali dan projektor dewan terus jadi tak betul. Komputer dewan? Tak payah ceritalah, jahanam terus.
Wah, dahsyat! Sampai macam tu sekali! Kenapa boleh jadi macam tu?
Agaknya cukup tak kalau saya katakan yang hampir keseluruhan pendawaian di dewan tu pusatnya berada di meja di depan dewan kuliah tu, dan orang tu cuba memotong sistem pendawaian tu (yang semua orang sedia maklum yang benda tu berselirat gila)? Itulah yang berlaku. Kiranya dewan tu canggih sangatlah; kalau rosak satu, jahanam semua sekali. Sudahnya kami terpaksa menjalani kuliah di tempat lain.
Tu bukan dikira menyusahkan orang ke?
Apa jadi dengan kes tu, tiada siapa pun yang tahu. Si pembuat onar pun tidak diketahui siapa. Ada khabar angin mengatakan bahawa pak guard tu punya kerja, ada jugak yang mengatakan ia angkara pekerja luar yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di dalam kawasan kampus Unitekma. Kena pulak masa tu memang ada projek renovation besar-besaran di Unitekma. Dan nampaknya, khabar angin kedua itu lebih diterima oleh sekalian pelajar Unitekma. Bagi golongan pak guard dan pelajar, mustahillah mereka nak mencuri di situ, sebab dewan tu memang dikunci, dan kunci dewan dipegang oleh penyelia dewan tersebut. Amat mustahil nak buat kunci pendua kalau staff Unitekma sendiri yang pegang kunci tu...
Memang berbeza antara jumpa terus buat harta sendiri a.k.a rezeki terpijak dan mencuri, tapi satu persamaan yang ketara, kedua-duanya dilakukan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Tapi ini pendapat saya sendiri je... Tak taulah orang lain. Kalau terasa, minta maaflah sangat-sangat ye...

Ulasan