Ini satu kisah, di Unitekma (1.2)

~~~~Sambungan dari (1.1)...~~~~

Balik dorm tengah hari tu, terus sakit kepala. Dari sakit di perut naik ke kepala... (mesti sebab pertandingan debat malam nanti... Huhuhu...) Makan pun dah macam takde selera dah. Macam mana nak get ready bila cari ahli tengah hari, pertandingannya malam nanti. Kengkadang rasa geram pulak dalam hati, pasal kenapa mereka tak cari peserta sebelum cuti (2 minggu lepas)? Hem... Nak marah pun tak guna, sebab benda dah lepas...

Terus saya pakai minyak kapak sikit sebelum tidur sebentar (Naz, roomate saya pun nasihatkan saya supaya rehat kejap utk kurangkan sakit kepala tu) sebelum bangun semula lebih kurang 2 jam kemudian. Syukur Alhamdulillah, sakit kepala saya kurang sedikit berbanding sebelum tidur tadi.

Selepas siap-siap apa yang perlu, saya terus pergi ke perpustakaan (kelas petang tu dibatalkan, memang kena dengan masa pun...) untuk cari maklumat utk pertandingan debat malam tu. Lea pun pergi ke perpustakaan untuk cari info-info, juga utk pertandingan malam tu. Nas ngan Hafiy dah hilang ntah ke mana ntah. Kata diaorang, balik hostel diaorang jap, kat Setapak.

Kata Abang Alif, tajuk debat dan pasukan yang akan kami lawan akan diberikan sebaik sahaja mereka hantar senarai nama peserta yang masuk bertanding. Jadi, disebabkan tema debat tersebut ialah mengenai kemerdekaan, jadi cari jelah apa-apa yang berkenaan kemerdekaan negara.

Semasa mencari, tetiba saya dapat mesej dari naib pengerusi PC, Mila. Dia minta ahli kelab PC supaya hadir untuk ambil uniform. Jadi, dengan terkocoh-kocoh saya beritahu Lea, dan kemudian pergi ke pusat pertemuan kelab PC. Alamak, baju yang ada takde lak saiz saya. Terus saya beritahu Mila pasal tu dan menulis nama pada kertas yang disediakan.

Bila saya balik ke perpustakaan lebih kurang 30 minit kemudian, Lea dah hilang dan saya dapat mesej, "Tajuk: Malaysia semakin mundur. QSBINA sbg pembangkang. Lawan dengan COMSTAR." Saya terus ke computer area untuk mencari maklumat yang perlu sebelum menyimpannya di dalam pendrive. Sedar tak sedar dah pukul 7 ptg, pertandingan pula start pukul 8.30 mlm. Woo... Haru-biru jadinya...

Saya memilih untuk memakai serba jingga untuk pertandingan itu, sebab Lea beri dua pilihan, sama ada pakai warna merah (saya ada trauma dengan warna ni...) ataupun jingga. Dalam kelam-kabut nak ke Kolej Kedua Unitekma di Setapak, Naz sempat membuat sandwic berinti coklat untuk saya (mcm tau-tau jer saya tak makan sangat hari ni...) sebagai tanda sokongan.

Tu baru Naz je, belum lagi yg lain. Disebabkan satu-satunya pengangkutan untuk ke sana pada masa tu (yalah, dah malam...) ialah bas Unitekma, jadi terpaksalah tunggu bas. Alangkah terkejutnya apabila ada segerombolan manusia yang sekelas ngan saya, (bebudak QSBINA) sedang menunggu bas semata-mata nak tengok pertandingan debat itu (sebagai penyokong). Eh, ramai gila penyokong kami! Sampai hampir penuh satu bas...

Akhirnya sampailah saya dan Lea di Kolej Kedua Unitekma. Nas dah siap menunggu bersama Abang Alif dan sekutunya. Hafiy pulak hilang ntah ke mana. Kata Nas, dia ada masalah. masalah apa tak pulak diceritakan. Setelah buat rehersal untuk beberapa minit, pertandingan pun dimulakan.

Pertandingan bermula pada 9.00 mlm. 4 kumpulan akan berdebat dalam dua bahagian. Sepatutnya giliran kami pada pukul 9.30 disebabkan kami bahagian kedua, tetapi disebabkan masalah teknikal (kalau dah dua-dua pihak pembangkang, siapa nak jadi pihak pencadang?), kami dikehendaki memulakan pertandingan debat tersebut.

Nas sebagai ketua, Lea sebagai pendebat kedua manakala saya sebagai pendebat ketiga. Kami dengan penuh confident duduk di tempat disediakan. Disebabkan kami pihak pembangkang, kami membiarkan pihak pencadang memulakan hujah mereka. Kami sangka mereka macam kami, langsung tak tahu menahu pasal debat. Sudahnya kami melangut disebabkan pasukan lawan amat hebat dalam berdebat.

Dalam keadaan gelabah dan haru-biru itu, kami cuba menjadikan debat kami tidak dapat dipatahkan (sayalah paling gelabah di antara kami bertiga... Hehehe...), tapi hujah kami sangat senang dipatahkan. Apa-apapun, saya hairan sebab walaupun sayalah yang paling tergagap-gagap di situ, pihak pencadang macam tergamam dengar hujah yang cuba saya sampaikan...(ada dua kemungkinan, iaitu hujah saya teguh sangat atau hujah saya terkeluar tajuk)

Apa-apapun, pasukan QSBINA akhirnya kalah dalam pertandingan debat perdana tersebut. Yalah, pihak lawan terlalu hebat, memanglah kami yang first-timer boleh kalah. Walaupun begitu, ada juga baiknya, iaitu yang pertama, dapat pengalaman baru dan pengalaman ini dijadikan pedoman untuk masa depan; dan kedua, kami tak perlu susah payah perah otak dan keluarkan tenaga untuk pertandingan debat akan datang!!! Hahahaha........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an