Kali pertama

Orang kata bila masuk universiti, (kira dunia baru la...) kita akan mula rasa dan buat benda-benda yang tak pernah kita buat. Kenapa? Sebabnya masa tu kita bebas dari pantauan ibu bapa (Opps... Bukan bebas sepenuhnya ya... Masih tertakluk pada peraturan... Huhuhu...)

Betul ke?

Em... Tak semestinya kita kena masuk universiti dulu baru merasa benda-benda yang baru, kan. Apa yang membezakan zaman sekolah dan universiti cuma peraturan (yalah, masa sekolah dulu, sebahagian besar hari kita dihabiskan di sekolah. Kat universiti pulak kita bebas nak buat apa saja, tapi kelas kena datang dan assigment kena selalu hantar) dan umur kita (alah, yang dah berumur 18 tahun dikira sebagai dewasa, apa-apa hal kena tanggung sendiri, tak macam masa sekolah dulu di mana kita buat salah, mak ayah kena tanggung... hehehe...)

Dah banyak benda yang saya alami sepanjang 18 tahun (masa blog ni ditulis...), kadang-kadang tu tak tahu kenapa benda tu yang dihadapi dulu. Pelik juga rasanya bila memikirkan balik.

Saya pernah melawat Hospital Permai, Tampoi (semua orang sedia maklum ni hospital apa, kan...) di mana kawasan luarnya sunyi semacam je, tapi bila masuk dalam, macam-macam orang saya jumpa. Dan berdasarkan keadaan mereka, saya mengagak yang mereka ni bukannya gila, cuma terlampau tertekan sampai hampir hilang kewarasan akal berfikir. Sampai ada yang nak bunuh diri, panjat-panjat bangunan... Sampai para pekerja di situ terpaksa kurung mereka dan beri ubat penenang. Berada kat situ kadang-kadang rasa kelakar pula, bila tengok perangai mereka yang macam budak-budak tapi dah tua bangka... Ada seorang nenek tu (yang ni tak boleh lupa langsung...) sampai tarik baju saya, tak mahu saya balik. Terpaksalah minta tolong jururawat yang berada berhampiran situ.

Em... ni cerita 4 tahun lepas. Saya pun tak tahu macam mana keadaan mereka di hospital tu. Dan seperkara lagi, saya ke situ bukan sebab ada saudara-mara yang berada di situ, tapi sebagai salah satu tempat yang dilawati dalam program 'lawatan sambil belajar' masa sekolah agama dulu.

Yang terbaru, masa pergi melawat tapak pembinaan di Terengganu (lecturer tension pasal ni, "Tak pergi tempat lain ke, masuk ni dah kali ketiga saya ke situ," katanya), kami menginap di sebuah asrama anak yatim di situ. Yang paling tua sebaya dengan saya, yang paling muda baru darjah 2. Kadang-kadang terfikir, macam mana mereka boleh hadapi kesemuanya... Ada yang ibu bapa mereka miskin dan tak mampu biayai makan minum anak-anak mereka, ada yang betul-betul anak yatim. Tiba-tiba saya kagum dengan Tiyah, budak yang paling muda tinggal di situ, sebab dia masih boleh senyum dan ketawa walaupun dia anak yatim. Saya rasa saya pun tak mampu jadi setabah dia... Dalam diam saya terfikir bahawa beruntungnya mempunyai ibu bapa, dan juga mula mensyukuri nikmat tidur di bilik asrama yang panas dan tak seberapa di universiti (sebab asrama di situ tu lebih sempit dari bilik asrama yang paling sempit di universiti aka asrama saya... Heheheh...;p)

Kedua-dua peristiwa itu beri impak yang agak besar dalam hidup saya, yalah, supaya kita lebih mensyukuri apa yang kita miliki yang tak semua orang lain ada.

Ada lagi benda baru yang dihadapi, macam kali pertama tinggal di asrama, naik teksi, dan yang terbaru, LRT (masa sekolah di Johor dulu bukannya ada LRT, teksi pun jarang-jarang lalu kawasan perumahan tempat saya tinggal... Jadi 'jakun' la saya kejap...)

Apa yang saya tulis ni pun kira kali pertama jugaklah ni... Yalah, selama ni pun dengar je orang sebut blog, blog, tapi tak tahu pula apa kejadahnya blog tu. Ni sekarang ni baru tahu. Dan inilah kali pertama saya taip blog... Mungkin apa yang saya taip ni merapu tapi lantaklah! First-timer la katakan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an