Dari Hati (si malang yang bertuah...)

Selalu orang tanya, sejak masuk Unitekma dan ambil kursus Ukur Bahan, adakah saya betul-betul nakkan kursus ni? Dan orang lain selalu pelik sebab saya selalu buat muka seposen setiap kali kelas. Dan kengkadang tu suka sorang-sorang pulak tu. Sampaikan masa jamuan (untuk kem yang QSBINA kantoi tetengah jalan, masa tu saya belum masuk Unitekma lagi sebab second intake) mereka buat teka-teki, "seorang second intake agak pelik sikit perangainya, kadang-kadang suka menyendiri." Dan bila ditanya jawapannya, semua orang pandang ke arah saya. Malu lak rasanya.

Hakikatnya sejak peristiwa tu semangat saya terus hilang. Walaupun saya masih minah yang suka diam dan suka sorang-sorang, saya takdelah buat muka seposen setiap kali kelas.

Apa yang berlaku?

Semuanya bermula apabila saya memohon rayuan untuk kemasukan ke universiti beberapa bulan lepas. Saya ingat lagi yang saya memohon untuk memasuki UiTM mengambil jurusan Teknologi Makmal Perubatan. Siap hantar testimonial tu, melalui Pak Ngah saya terus ke bahagian admin di situ. Pak Ngah saya ada la kenal seorang dua orang atasan kat UiTM tu. Jadi boleh la menolong sikit-sikit.

Lagipun dari zaman kanak-kanak saya memang minat kerja-kerja makmal, buat eksperimen kimia dan mengkaji benda-benda hidup wakaupun ambil subjek Teknologi Kejuruteraan dan bukan Biologi sewaktu menengah atas. Kawan baik saya, Ai sendiri menyatakan yang saya ni agak kasihan, sebab kena sumbat ke kelas sains teknikal walaupun layak masuk ke kelas sains tulen (saya dapat 7A masa PMR tu...) sebab kelas sains tulen sarat sangat. Saya sampai tak makan sehari sebab sedih sangat tak dapat masuk kelas sains tulen tu.

Punyalah berharap, itu je lah ikhtiar terakhir untuk dapatkan jurusan tu. Siap solat hajat tiap-tiap hari harap dapat jurusan tu.

Sampailah satu pagi Ahad, saya biasanya bangun lambat dan biasanya Umi cuba beraneka cara untuk buat anaknya yang satu ni bangun awal sikit. Dahlah kalau saya tidur tu, tidur mati. Tak sedar langsung. Tapi pada hari tu bukan Umi yang kejut, tapi Angah. Dia kata saya tak dapat jurusan tu. Saya mamai masa tu, jadi tak berapa dengar. Beberapa minit kemudian Umi pulak beritahu pasal perkara yang sama.

Macam makan nasi yang ambil masa untuk hadam, saya menerima info sedih tu perlahan-lahan. Kemudian berkurung sebab sedih sangat. Umi pun taknaklah tegur. Silap haribulan saya mengamuk. Rasa teruk sangat. Teruk gila-gila.

Seminggu lepas tu dapat lak tawaran masuk Unitekma, jurusan Ukur Bahan. Saya tengok surat tawaran yang Ayah print dari tempat kerjanya tu tanpa emosi. Tak gembira langsung. Umi pun pujuklah supaya terima tawaran tu, padahal saya tak nak pun. Pujuk punya pujuk last-last saya akur. Walaupun tak nak, terima sajalah. Mana tau ada rezeki, kata Umi. Saya pulak ikut je cakap Umi. Semangat saya masa tu tinggal nyawa-nyawa ikan je.

Jadi buat apa yang patut (buat medical checkup, beli barang-barang keperluan dll) dan balik kampung Umi di Selangor pada sehari sebelum hari pendaftaran bagi second intakers.

Pagi hari pendaftaran tu, lebih kurang 2 jam sebelum pendaftaran pelajar, Pak Ngah saya datang ka rumah Nenek. Dan pada masa tu terbongkarlah hal sebenar.

Saya sebenarnya dapat kursus yang saya nak tu, cuma saya dihantar ke UiTM cawangan Sarawak, dan Pak Ngah menolak tawaran tu bagi pihak saya. Alasan penolakan? Sebab Sarawak tu jauh sangat.

Sudahnya sepanjang perjalanan ke Unitekma, saya diam je. Perasaan saya? Tiga kali ganda lebih teruk daripada masa saya dapat tahu saya tak dapat tawaran tu. Macam kena tikam dari belakang dan kemudian dihentak dengan tukul besi. Sepanjang perjalanan saya diam je. Masa tu semangat terus hilang.

Pendaftaran dilakukan, kelas dimulakan dan saya macam robot. Takde emosi. Sebab rasa terkejut dan sedih yang terbawa-bawa sampai sekarang. Lepas tu boleh lak Umi mintak saya dapatkan Anugerah Dekan (Dean's list) setiap semester. Tension!

Walaupun pada mulanya tak minat langsung, tapi last-last minat la sikit-sikit (Terima kasih Pn Zu, En Yus dengan En Saiful... Sebab berjaya, walaupun tak ketara, buat saya mengenali Ukur Bahan) sebab beberapa subjek asas yang memang saya minat dan juga fiil pensyarah-pensyarah kat situ.

Hemm... Kalau orang tanya kenapa muka saya seposen je sepanjang berada di Unitekma, rasanya entri ini boleh membantu.

Namun jauh dalam hati, masih ada impian nak berkerja di sebalik alatan-alatan makmal dan kertas-kertas kajian. Dan juga impian menjadi saintis medik.

Yang saya nampak sekarang ni cuma ada 2 pilihan, sama ada sambung Ijazah dalam Ukur Bahan atau Kimia Tulen. Tapi dengan syarat kena selalu masuk dean's list dan sambung belajar di Unitekma Johor (patut la Umi mintak saya dapatkan Anugerah Dekan.. Em...)

Ada kalanya terngiang-ngiang kata-kata En Yus: "tak semestinya kita ambil kursus Ukur Bahan, kita akan jadi juruukur bahan."

Deja vu. Sebab kalau tak silap, guru praktikal yang ajar saya Teknologi Kejuruteraan masa saya menengah atas pun pernah sebut ayat yang maksudnya sama dengan ayat En Yus tu.

Hem... Ngeh....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an