Tanah runtuh...

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ni dah membuka mata pelbagai pihak. Tak kira siapa pun. Kadang-kadang tu peliklah,dah tau-tau tempat tu tak berapa selamat, dijalankan lagi pembinaan kat situ. Nanti harta hilang, nyawa melayang, jari semua saling menunding konon ni salah orang yang ditunding tu. Tak sedar yang satu jari ditunding ke arah si anu tu, selebihnya ke arah diri mereka... Huhu...

Nak salahkan siapa? Sebenarnya perkara tu salah semua pihak. Kenapa? Sebab pihak pemaju yang membina kawasan tu walaupun tau-tau tempat tu tak berapa selamat (sejak peristiwa Highland Tower roboh pada 1993), pihak majlis perbandaran meluluskan projek tu dan pihak pembeli main hentam je beli.

Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Tapi nak cerita pasal fiil mangsa tanah runtuh yang tak seberapa ni.

Kalau ada sesiapa perasan, mangsa tanah runtuh di situ memang agak demand la. Tak selesalah, makanan tak sedaplah, petugas tak ramahlah... Dan banyak lagi benda-benda yang dirungutkan. Eleh, taulah awak tu orang kaya, janganlah demand sangat. Petugas di situ pun ada kerja lain gak. Bukannya 24 jam nak jaga kebajikan awak tu. Lagipun diorang sampai tak cuti masa Hari Raya Aidiladha semata-mata kerana awak, tau!

Hem... Mereka dah sanggup berkorban untuk membantu. Tak balik beraya. Kalau awak tu berada di tempat mereka, sanggup tak?

Ha, lagi satu (yang ni yang buat saya betul-betul naik angin) bila wartawan tanya mangsa tanah runtuh dalam bahasa Malayu, dijawabnya dalam Bahasa Inggeris.

Dah tak reti nak cakap Melayu ke? Ataupun masih anggap bahasa penjajah tu lebih 'standard' untuk digunakan? Kalau awak tu orang Britain ke, Russia ke... Ataupun negara yang tak pernah cakap Melayu bolehlah diterima.

Tapi kalau diperhatikan, kualiti orang Cina dan India cakap Melayu pun lagi baik kalau dibandingkan dengan bangsa kita sendiri (Melayu). Padahal kita orang Melayu pun cakap bahasa Melayu berterabur. Campur slanga yang entah apa-apa entah. Kalau slanga Kelantan atau Terengganu tu boleh terima lagi la. Ni ntah bahasa mana ntah dia ambil. Macam pelik lak bila dengar balik.

Eh, menyimpang lak. Okey, balik ke tujuan asal.

Seperkara lagi, mereka ni cepat benar menuduh. Mereka tuduh pasukan penyelamat curi barang mereka. (ala, faham-faham sendiri la, kalau orang kaya, mestilah harta dan peti besi) Tapi alih-alih peti besi yang dikatakan dicuri tu dijumpai di celah-celah runtuhan beberapa hari kemudian.

Jadi moralnya, selidik dulu sebelum menuduh.

Tiba-tiba naik benci pulak dengan orang-orang kaya ni. Arrogant. Mereka sedar tak yang harta kekayaan yang mereka miliki tu bukannya kekal? ALLAH yang beri nikmat dan harta tu, jadi janganlah megah sangat. Dibuatnya semua nikmat tu ditarik balik, baru nak sedar diri.

Em... Kalau boleh saya tak nak jadi orang kaya. Jadi orang biasa-biasa je dah cukup. Jadi seorang yang Qanaah.

Tapi masalahnya kalau nak hidup, kita mesti kaya. Ngeh...

Mungkin saya patut mengiyakan apa orang kata, mengenai dunia umpama 'penjara' bagi orang-orang beriman.

-Alfatihah bagi mereka yang telah kembali ke Rahmatullah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an