Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Kelaparan, kerajinan, kemalasan, kekenyangan...

Imej
Hari ini. Ahad. Tak macam biasa. Sebab kafe tak buka. Jadi terpaksa keluar ke SS (Selera Semarak) untuk makan tengahhari. Komen, harga makanan mahal nak mati! Kenapa la kafe tutup hari ni... [...] Petang. Masing-masing tekun study , ye la Nini ada exam esok, saya dan Naz lak lusa Masa bergerak pantas, dan perut mula lapar. Tapi malas la pulak nak keluar. Jadi masing-masing berdoa dalam hati agar ada la orang nak keluar beli makanan malam ni. Alih-alih muncul Mila, memberitahu yang dia akan ke pasar malam di Padang Tembak bersama Cikwa. Masing-masing mula nak tapau makanan. "Eh, eh, nak tapau mintak Cikwa," kata Mila. [...] Naz pesan laksa. Nini pesan nasi lemak ("sambal lebih tau!" tambah Nini lagi) Dan saya lak pesan kuetiau goreng (mulanya tak tau nak beli apa, sebab tak tau pasar malam tu jual apa, ye la tempat lain, lain jualannya...) [...] Malam. Mila dan Cikwa dah bergerak ke pasar malam. Yang minta tapau mula resah sebab lama menunggu. Perut mula berbunyi la...

Balik rumah kejap...

Wah. (Melepaskan nafas dengan banyak, berbunyi lebih kurang macam orang mendengus la) Agak lama juga tak menulis blog. Ye la, minggu lepas balik rumah. Seronok walaupun kejap je. (Saya bukan sesaja nak balik rumah masa study week tau. Ada sebab saya balik tu... Nasib baik Ayah tak bising sebab balik time camni... Hehehe...) [...] Tak banyak berubah la kat rumah. Cuma sekarang ni pokok jambu air kat depan rumah tu dah mula berbuah. InsyaALLAH tak lama lagi masaklah tu. Jadi angah sibuk nak membungkus buah-buah yang mula masak tu dengan surat khabar. Tapi last-last pakai plastik sebab ruang yang nak dibungkus tu besar sangat. Jiran saya, si Mirul Mukminin, entah kenapa badannya tetiba besar semacam. Kali terakhir jumpa (sebab nak jumpa kucing dia, Garfielda) kecik je badannya. Rupa-rupanya dia kini terjun ke profesion bina badan, sejak doktor tak bagi dia masuk olahraga sebab kaki patah sampai kena masuk besi.  Okey, kini dia kelihatan agak menakutkan sedikit. (tak tau kenapa, tapi ora...

The Burung Thing

Malam tadi saya berdepan dengan sesuatu. Sesuatu yang amat jarang berlaku di sini (KSS). Iaitu burung mati dalam bilik saya. [...] Selama ni pun memang selalu burung-burung kat sini menceroboh hostel APH KSS ni. Dah sarangnya kat atas siling hostel ni. Dan reaksi penghuni bilik yang diceroboh tu berbeza-beza. Ada yang menjerit macam orang histeria. Ada yang bukak pintu bilik seluasnya untuk bagi burung tu keluar. Ada gak yang buat dek je. Tapi setakat ni burung-burung ni takde yang buat onar kat dalam bilik yang diceroboh tu. Kalau ada kesan pun, hanyalah beberapa helai bulu pelepah di atas lantai. [...] Macam mana boleh ada burung mati dalam bilik saya? (Saya takkan guna perkataan 'bangkai' dalam entri ni ye...) Semuanya bermula pada lebih kurang jam 7.55 malam tadi. Masa tu Shifa singgah ke bilik saya. Naz dan Nini takde masa tu. Tiba-tiba je ada burung meluru masuk ke bilik. Shifa keluar, membuka pintu bilik seluasnya, supaya burung tu keluar. Saya sambung baca e-mel. Dalam ...

Jatuh Sakit...

Sejak akhir-akhir ni ramai betul orang jatuh sakit.  Mula-mula Fiqa. Kemudian saya. Lepas tu Nor, dan baru-baru ni, Huda. Fiqa pengsan beberapa kali. Saya alami sakit kepala dan muntah-muntah. Nor dan Huda, sama keadaan dengan Fiqa. Yang peliknya, kami jatuh sakit berturut-turut. Dan yang sakit semuanya dari APH, sebab blok lain takde pulak orang yang mengadu sakit. Kalau macam ni, takkan sebab cuaca kot (walaupun cuaca masa tu memang tak menentu). Dan Naz mula mengesyaki puncanya adalah dari water cooler yang disediakan di tingkat bawah. [...] Saya pun pelik macam mana boleh muntah-muntah. Menurut doktor yang memeriksa saya, puncanya ialah keracunan makanan (10 kali muntah tu... Kalah orang masuk angin...) Tapi bila difikirkan balik, takde benda yang saya makan pada hari tu yang membawa kepada keracunan makanan. Mi segera dan biskut yang saya makan dua-dua expired tahun depan, dan tiada kesan broken seal dijumpai. Pendek kata eloklah apa yang saya makan tu. Sakit kepala pula, memang...