Jatuh Sakit...

Sejak akhir-akhir ni ramai betul orang jatuh sakit. 

Mula-mula Fiqa. Kemudian saya. Lepas tu Nor, dan baru-baru ni, Huda.

Fiqa pengsan beberapa kali. Saya alami sakit kepala dan muntah-muntah. Nor dan Huda, sama keadaan dengan Fiqa.

Yang peliknya, kami jatuh sakit berturut-turut. Dan yang sakit semuanya dari APH, sebab blok lain takde pulak orang yang mengadu sakit. Kalau macam ni, takkan sebab cuaca kot (walaupun cuaca masa tu memang tak menentu).

Dan Naz mula mengesyaki puncanya adalah dari water cooler yang disediakan di tingkat bawah.

[...]

Saya pun pelik macam mana boleh muntah-muntah. Menurut doktor yang memeriksa saya, puncanya ialah keracunan makanan (10 kali muntah tu... Kalah orang masuk angin...)

Tapi bila difikirkan balik, takde benda yang saya makan pada hari tu yang membawa kepada keracunan makanan. Mi segera dan biskut yang saya makan dua-dua expired tahun depan, dan tiada kesan broken seal dijumpai. Pendek kata eloklah apa yang saya makan tu.

Sakit kepala pula, memang dah ada sebelum masa saya muntah-muntah, tapi masa tu saya dah pergi Pusat Kesihatan Unitekma dah, dan dia kata puncanya sebab pressure belajar dan kurang vitamin dalam badan. Saya pun makanlah ubat ikut perskribsi yang diberikan.

Cuma pada hari kejadian (28 Mac), ubat sakit kepala yang diberikan tak berkesan. Dan kejap-kejap saya ke tandas untuk muntah. Sampai tak larat, hilang tenaga dibuatnya. 

Sudahnya saya dipapah ke wad kecemasan Pusat Kesihatan Unitekma (lagi...), dan macam saya dah agak, badan saya masih lagi tidak menerima jarum intravena (salur darah saya main sorok-sorok pulak). Jadi saya diberikan air garam hidrasi sepanjang ditahan di wad. Tak lama pun ditahan, dalam 1 jam je sampai saya mampu bergerak semula.

Oh ya, Umi tanya kenapa makan mi segera pada hari tu. Sebabnya mudah, kafe Embun dan Bistro tutup hari tu. Nak keluar hostel tak larat.

Dan malam tu saya tertidur atas katil Naz (Naz balik rumah kejap, ada hal) terlalu awal, iaitu pukul 8.30 pm. Lampu bilik saya pada masa tu dipadamkan.

Kebetulan masa tu kempen Earth Hour, kan? Jadi apa yang berlaku pada saya ni boleh dikira tak? Hehehe...

[...]

Apa-apapun kepada Huda, selamat hari lahir yang ke-19! 
Kasihan, awak sambut hari lahir awak dalam keadaan yang kurang mengizinkan...

Dan terima kasih kepada mereka yang membantu saya sepanjang saya jatuh sakit.
Jasa anda akan ku kenang... 

Ceewah, berirama lak nada bahasa saya ni, tak sedar diri tengah sakit....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an