The Burung Thing

Malam tadi saya berdepan dengan sesuatu.

Sesuatu yang amat jarang berlaku di sini (KSS).

Iaitu burung mati dalam bilik saya.

[...]

Selama ni pun memang selalu burung-burung kat sini menceroboh hostel APH KSS ni. Dah sarangnya kat atas siling hostel ni.

Dan reaksi penghuni bilik yang diceroboh tu berbeza-beza.

Ada yang menjerit macam orang histeria.

Ada yang bukak pintu bilik seluasnya untuk bagi burung tu keluar.

Ada gak yang buat dek je.

Tapi setakat ni burung-burung ni takde yang buat onar kat dalam bilik yang diceroboh tu. Kalau ada kesan pun, hanyalah beberapa helai bulu pelepah di atas lantai.

[...]

Macam mana boleh ada burung mati dalam bilik saya?
(Saya takkan guna perkataan 'bangkai' dalam entri ni ye...)


Semuanya bermula pada lebih kurang jam 7.55 malam tadi. Masa tu Shifa singgah ke bilik saya. Naz dan Nini takde masa tu. Tiba-tiba je ada burung meluru masuk ke bilik.

Shifa keluar, membuka pintu bilik seluasnya, supaya burung tu keluar. Saya sambung baca e-mel. Dalam hati berdoa agar burung tu keluar dengan selamat sebagaimana saudaranya yang lain (dah 4 kali bilik ni diceroboh burung... dan mereka semua selamat...)

Tiba-tiba... KTANGG!!!!!!!!

Terus saya mendongak ke arah siling, dan kemudian... PAK!

Burung tu 'mendarat' di hadapan saya. Tanpa berbunyi. Tanpa gerakan di mana-mana bahagian badan. Matanya separa terbuka. Ada kesan calar yang agak besar di belakang burung tersebut.

Dongak balik. Kipas berputar laju.

Alamak! Burung ni kena kipas! Lupa nak tutup kipas lah...

Terus saya keluar dari bilik. Kebetulan Shifa pun baru keluar dari biliknya. Terus saya memanggilnya. Mengajak masuk ke bilik. Shifa pun ikut, hairan tengok muka saya yang tengah cuak.

"Dia hidup lagi tak?" tanya saya.

Shifa menyentuh burung tu dengan pen. Tiada reaksi. Diperhati burung tu. Lama.

"Dia dah matilah, Ain," jawab Shifa.

"Mana tau?" soal saya lagi.

"Tak bergerak pun. Dada dia pun tak naik-naik dari tadi."

Lalu kami pun saling bertekak di situ ("Eh, awaklah buat." "Eh taklah, awaklah buat.") mengenai siapa yang akan menanam burung tu. Dan akhirnya saya yang kena buat (dah saya tuan bilik...)

Namun saya cuma sempat membungkus badan burung tu dengan kertas disebabkan adanya kelas pada malam tu jugak.

[...]

Jam 10.30pm. Kelas dah tamat. Singgah First Shop beli nasi lemak.

Sepanjang jalan pulang ke hostel terbayang imej burung yang mati tu di dalam minda. Semakin dekat ke bilik semakin risau. Ye la mana tau Nini dah balik.

Sampai bilik terus hala ke tempat di mana burung yang dibalut dengan kertas itu berada. Terus dibawa burung itu keluar. Dalam perjalanan terserempak seorang minah APG sedang bersantai.

"Buat apa tu?" tanya minah tu.

"Ni ha, ada burung mati dalam bilik saya. Awak tau tak nak buat apa dengan dia?" jawab saya sambil menunjukkan bungkusan kertas tu pada dia.

"Buang je la dalam tong sampah," katanya dengan penuh keselambaan.Saya terkedu dengan kata-katanya. (Burung ni bukannya sampah oi!!!)

"Err..."(terkejut dengan respon saya)" Tak pun awak tanam ajelah. Kalau letak atas tanah pun dah cukup sebab burung ni boleh decompose sendiri."

Maka saya ikutlah cadangan kedua daripada minah tadi.

Burung tu diletakkan di atas tanah bersebelahan bangunan APH. Saya cuma mampu biarkan burung tu macam tu je, sebab nak tanam betul-betul cangkul takde. Jadi letak je la atas rumput.

Kertas yang membalutinya pun saya tanggalkan sebelum tinggalkan burung tu di situ. Kertas tu kemudiannya dibuang ke tong sampah hitam yang diletak berderet di luar hostel.

[...]

Rasa sayu je mengenangkan balik hal tu. Ye la baru je terjadi. Kasihan burung tu.

Nini lak boleh kata "padan muka" kat dia...

Tapi apa nak buat, dah nasib...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an