Kelaparan, kerajinan, kemalasan, kekenyangan...

Hari ini. Ahad.

Tak macam biasa. Sebab kafe tak buka.
Jadi terpaksa keluar ke SS (Selera Semarak) untuk makan tengahhari.

Komen, harga makanan mahal nak mati! Kenapa la kafe tutup hari ni...

[...]

Petang.

Masing-masing tekun study, ye la Nini ada exam esok, saya dan Naz lak lusa

Masa bergerak pantas, dan perut mula lapar. Tapi malas la pulak nak keluar. Jadi masing-masing berdoa dalam hati agar ada la orang nak keluar beli makanan malam ni.

Alih-alih muncul Mila, memberitahu yang dia akan ke pasar malam di Padang Tembak bersama Cikwa. Masing-masing mula nak tapau makanan.

"Eh, eh, nak tapau mintak Cikwa," kata Mila.

[...]

Naz pesan laksa.

Nini pesan nasi lemak ("sambal lebih tau!" tambah Nini lagi)

Dan saya lak pesan kuetiau goreng (mulanya tak tau nak beli apa, sebab tak tau pasar malam tu jual apa, ye la tempat lain, lain jualannya...)

[...]

Malam.

Mila dan Cikwa dah bergerak ke pasar malam. Yang minta tapau mula resah sebab lama menunggu. Perut mula berbunyi lagu dangdut (Hehe... Hiperbola betul!) dan Naz yang membuka laptopnya, menonton cerita 'Hana Yori Dango' yang didownload dari laptop Nini. Ditonton sampai tamat cerita tu. Dan kemudian Naz dan Nini bercakap tentang lapar. Dan juga harapan agar Mila dan Cikwa lekas pulang.

Tetiba Cikwa terjengul dari celah pintu. Di tangannya ada beberapa bungkus plastik.

"Alhamdulillah, akhirnya! Saaayyyaaannnngggggg Cikwa!!!"

[...]
Apa yang dibeli oleh Mila dan Cikwa dari pasar malam...

Laptop Naz tetiba main lagu "My Girl", berulang-ulang pulak tu...

Piza pasar malam, tak semua tempat ada benda ni tau!

[...]

Tu je nak cerita.

Apa-apapun kami bercadang untuk berpuasa sunat Isnin pada keesokan hari disebabkan banyak sangat makan malam tu... Kenyang sangat.

Hehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an