Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

InfluenzA

Wabak Influenza A atau H1N1 (juga dikenali sebagai selesema 'khinzir'... Kikiki, memandai je ubah nama penyakit...) dah makin menjadi-jadi sekarang ni. Dahlah baru-baru ini SMT Perdagangan JB dah cuti seminggu sebab disyaki terkena wabak tu. Bayangkan, 200 orang demam serentak (ni kawan cerita la...) dan atas alasan itu, Umi tak bagi balik rumah selama beberapa minggu. Katanya, lebih baik mencegah daripada mengubati. Saya? Akur je la... Lagipun di sini, ramai gak yang jatuh sakit. Tiap-tiap hari bila jenguk Pusat Kesihatan @ Klinik, berderet orang nak dapatkan rawatan. Dan semuanya mempunyai masalah yang sama : demam, selesema, batuk, sakit tekak, pening kepala. Saya pun kena 2 minggu lepas, selesema, pening kepala dan sakit tekak. MA Amir pulak tersenyum bila saya tanya sama ada saya akan disumbat ke dalam ambulans untuk dibawa ke HKL (taulah kenapa...) ataupun tidak. Alhamdulillah, sakit saya cuma disebabkan oleh keadaan jerebu yang menyelubungi suasana KL ni. Bukan sebab te...

Sampai Syurga

Ku membenarkan jiwaku Untuk mencintaimu Ku persembahkan hidupku Untuk bersama kamu Dan diriku untuk kamu Belum pernah kumerasa ku begitu Semua itu telah berlalu Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu Terus ku tertunggu Di hatiku masih kamu Belum pernah ku ingin terus memburu Oh... Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu Sampai syurga ku menunggu Sampai syurga ku cintamu Hanya satu Hanya kamu Ku membiarkan hatiku Untuk merinduimu Ku menghamparkan sakitku Untuk tatapan kamu Bersamamu harapanku Hilang dalam terang yang membutakanku Dan segala yang ku ada Ku berikan semua Untuk dirimu saja Ku mahu dirimu Bahagia untuk selamanya Biar sampai syurga Aku menunggu cinta darimu Agar ku sempurna Namun aku tetap aku Yang terbaik untuk diriku Hanya satu Aku lemah tanpa kamu Ku inginmu dampingi ku Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu Sampai syurga ku menunggu Sampai syurga ku cintamu Hanya kamu Notakaki: Okey, saya tahu yang membaca akan kaitka...

Epilog (kau dan aku)

Aku Seorang manusia Tetap ada cela. Dan kau Bermegah-megah Menganggap dirimu Paling sempurna. Mengapa kau menghina Mereka di bawahmu Dan memaksa mereka Mengikut rentakmu? Dan mengapa kau Tidak mampu menerima Perbezaan yang ketara Antara kau dan aku? Dan juga Mengapa kau Lebih rela menjatuhkan Mereka yang mengecapi kejayaan Sehingga jatuh tersungkur Dan kemudian tertawa takbur Daripada kau bersaing dan berkerjasama Dan menikmati kejayaan bersama? Tiadakah kau sedar Bahawa kau dan aku tetap sama Di mata Tuhan yang Esa Tidak kira tinggi pangkatmu Dan rendah darjatku Di muka bumi ini? Dan tiadakah kau sedar Bahawa apa yang kau miliki Boleh hilang sekelip mata? Sedarlah, Kau tetap seorang manusia Yang tetap ada cela Sama sepertiku Walaupun jasadmu Dan mindamu Sempurna sifatnya. Dan aku Adalah aku Masih seorang manusia Yang tetap ada cela Yang tiada sempurna. Notakaki: jangan tanya apahalnya dengan sajak ni, saya pun tak tau kenapa saya taip macam ni. Huhu...

Kejutan

*Rujuk Harian Metro dan Kosmo hari ni. 13 Julai. Jam 7 pagi Mamai sebab bangun pagi belum hilang. Lagipun kelas pada tengah hari, jadi masih melingkar atas katil. (tapi dah basuh muka dan gosok gigi dah...) Tiba-tiba Angah masuk bilik. Dia bertanya dengan penuh direct , "Along, tau tak ada budak KSJ jatuh dari tingkat 4?" "HAH?" Saya terus terbangun, hilang rasa mengantuk tadi. [...] Hostel KSS kecoh dengan peristiwa yang berlaku lebih kurang jam 1 pagi di Hostel KSJ tu. Ramai yang tak percaya yang ada budak yang sama batch dengan Angah (baru 2 minggu masuk tu...) berani buat tindakan macam tu, cuba masuk bilik ikut tingkap. Tingkat 4 pulak tu. Yang senior pun kena fikir beratus kali kalau nak buat macam tu. Budak tu (Allahyarham Khalis, budak course Elektrik Kuasa) macam desperate gila nak masuk bilik, macam la tak boleh telefon roommate dia minta bukakan pintu. Tapi kalau benda nak jadi, jadi jugak... [...] Allahyarham Khalis tu mula dikenali sewaktu MHS. D...

KESUMA '09

Imej
PERHATIAN: Entri ini agak panjang, pastikan anda ada masa lapang yang agak lama jika hendak membaca entri ini. 30 Jun 2009 (Selasa) Baru beli makanan di kafe. Ye la saya masuk hostel 1 minggu awal. Nasib baik kafe buka sepanjang minggu tu. Tiba-tiba telefon berbunyi. Nombor Nini muncul di skrin. Jadi saya angkatlah. "Ain, awak boleh tolong saya tak?" InsyaALLAH saya boleh. Tapi apa hal? "Tolong join KESUMA boleh tak?" Hah? [...] KESUMA atau USR ( University Social Responsibility ) ialah aktiviti khidmat sosial yang dilaksanakan oleh pihak universiti. Sebelum ni ada USR diadakan di Temerloh, Pahang. Dianjurkan olek pihak HEM KST. Yang kali ni pulak ke Jeli, Kelantan, oleh pihak KSS. Sebelum ni saya diberi impression bahawa aktiviti sebegini bosan. Tapi ye la tak nak la tau dari orang lain, nak jugak rasa sendiri macam mana aktiviti tu. Dan juga, saya ingat saya dah takde peluang nak ikuti program camni (sehinggalah hari bertuah tu)... [...] Petang tu, di DK1, Naz b...