Catatan

Word-less... Blablabla: Apakah?

Imej
Rasanya Digi tengah gila hari ini. Takpun mereka mahu sambut 'April Fool' awal. Agaknyalah. :| ( Link )

Word-Less... Blablabla: Quote

Imej
Found this when walking around at Jusco. Umm... So how are we going to watch TV without electricity? Using car batteries like in year 70's? Notakaki: Entri bahasa Inggeris. Huhu. :D

Word-less... Blablabla : Contengan

Imej
Contengan itu dijumpai dalam buku KH Adik.  Bukan dia yang lukis, orang yang pinjam buku sebelum ini yang lukis. Ya. Budak darjah 5 pun ada masalah. * Entri word-less tak semestinya dibuat pada hari Rabu sahajakan? :D

Word-less... Blablabla: Power Kaabah

Sayang. Sayang sangat. Suara sedap. Lirik hampas. "Sedangkan sabun pun ada power..." Apakah? :/ BAGUS sangat. Sampai di tengah lagu tergelak besar dibuatnya. Naik geram pun ada juga. >:(

Komik dan prejudis

Komik. Bahan pertama yang saya baca. Kalau boleh dianggap membacalah. Saya terdedah dengan medium gabungan lukisan dan tulisan ini sejak berusia lebih kurang 5 tahun. Pada masa itu saya terjumpa majalah Ujang milik Pak Andak (Adik Ummi) di ruang tamu rumah nenek. Sambil selak majalah itu, sambil ketawa. Padahal satu apa pun tidak faham. Setahun kemudian, saya didedahkan pula dengan satu lagi majalah komik, Majalah Kawan. Pada masa itu saiz dan ketebalannya hampir sama dengan saiz majalah Mastika sekarang. Isinya? Jangan ceritalah, banyak juga kisah di dalamnya. Kisah dalam bentuk grafik. Masa sekolah rendah, didedahkan pula dengan majalah Anak-Anak Sidek, Along dan Gempak. Manga pertama yang saya sentuh pula adalah Doraemon, sewaktu darjah 4. Huhuhu. Yang paling seronok, Ayah siap buat langganan majalah Kawan selama 4 tahun berturut-turut. Siap berebut lagi dengan dia mahu baca dulu apabila majalah yang dilanggan sampai di peti surat rumah. Syukur Alhamdulillah, komik tidak...

Drama TV, Nostalgia Diploma dan .....

Imej
Petang tadi melayan sebentar cerita 'Kekasihku Is Setan' yang disimpan dalam cakera keras mudah alih. Teringat pula dahulu Lea ada promo cerita ini sebab dia kata dia jadi salah seorang pelakon dalam telemovie ini. Sampai penuh bilik TV APH dibuatnya sebab mahu tonton drama ini masa mula-mula keluar di TV. Puas cari di mana si Lea di dalam telemovie ini, tetapi tidak jumpa.  (Mencari dengan gigihnya tu... Yang nampak cuma Darren saja.) Cak! Ada peminat beri bunga! Yalah, bila tonton cerita yang lokasi shooting nya di sekitar UTM KL, memang terasa seperti mengimbau nostalgia. Teringat juga masa shooting salah satu sence  telemovie itu, kebetulan saya ada pula lalu di kawasan penggambaran itu bersama Lily dan Eton (kami dalam perjalanan ke masjid untuk mengambil bubur lambuk, masa itukan bulan Ramadhan), jadi agak 'jakun' jugalah lihat Kamal Adli dan Intan Ladyana buat pergambaran di situ. (kes tidak pernah tengok orang buat shooting drama punya pasal (-.-)...

Atlit

Imej
Dato' Lee Chong Wei sudah kembali ke Malaysia dengan pingat perak yang dimenanginya. Kecewa kerana tidak dapat emas. Namun persembahannya sewaktu final badminton di Olimpik Ahad lepas wajar dipuji. Tidak mengapa kalah, sebab kalah nasib sahaja. Sedikit sahaja lagi. Lagipun dia sudah lakukan yang terbaik. Dengan kecederaan pada kakinya dulu, dengan tempoh singkat untuk berlatih disebabkan kecederaannya itu, dengan dia kata itu olimpik terakhirnya... :( Namun terfikir juga, jikalau Chong Wei sudah bersara nanti, ada lagikah pelapis pemain badminton yang sehebatnya? Sepertimana adik beradik Sidek dahulu, selepas zaman mereka agak lama juga mahu tunggu pemain sehebat mereka. Bila ada atlit 'super' sahaja, semua orang letak harapan tinggi. Macam Azizul Hasni Awang (basikal keirin) atau Nicol Ann David (Squasy - tapi kenapa ya permainan ini tidak pernah dipertandingkan di olimpik? ) Apabila zaman kegemilangan mereka sudah tamat, takkan masih mahu bergantung dengan mere...