Ghaib Masa Exam
Alhamdulillah, akhirnya musim peperiksaan bagi semester ni dah tamat.
Sekarang tinggal tunggu keputusan peperiksaan semester ni keluar je.
Harapnya lebih baik daripada semester lepas.
Tapi apa yang berlaku pagi tadi, semasa jawab paper Kemudahan Bangunan I, memang agak kelakar.
[...]
Pukul 11. Di Dewan Besar.
30 minit sebelum masa menjawab tamat. Orang di depan saya dah blah dulu, dah siap la tu. Yang ada di depan saya masa tu cuma Ayie. Tiba-tiba Ayie bangun, pergi ke meja pengawas (hantar kertas jawapan la...) sebelum kembali ke tempat duduknya, mengemas barang sebelum blah dari dewan. Semasa berjalan keluar dia memandang saya sambil tersenyum.
Sebaik sahaja Ayie keluar, salah seorang pengawas yang menjaga peperiksaan menghampiri saya. "Kamu kelas dan seksyen berapa?" soalnya.
"1DDQ 51" balas saya, perlahan. Pengawas itupun mengangguk sebelum kembali menjaga peperiksaan. Dan saya kembali menjawab soalan.
[...]
10 minit sebelum masa tamat. Saya dah tamat menjawab peperiksaan, namun dilarang keluar (macam masa sekolah menengah dulu, 15 minit sebelum peperiksaan tamat pelajar dilarang keluar), jadi saya meregangkan tubuh.
Pusing je kepala ke belakang, saya tergamam. Saya toleh kepala ke sekeliling dewan. Perasaan cuak dan panik menguasai diri.
Rakan-rakan sekelas semua ghaib. Memang ada orang lain yang ambil exam dalam dewan tu sekali, tapi semuanya bukan seksyen dan kelas yang sama. Terkontang-kanting saya sorang-sorang di situ.
Tenang, Ain, tenang. Masa menjawab belum tamat. Jangan gelabah. Check kertas jawapan, mana tau ada yang tertinggal ke, tak jawab ke... Macam selalu buat masa ada masa time exam dulu...
(Ceh, psiko diri sendiri untuk kesekian kalinya... Tapi kali ni tak keji)
[...]
"Masa menjawab telah tamat. Sila berhenti menjawab. Kertas jawapan akan dikutip sekarang." kata ketua pengawas yang menjaga peperiksaan tersebut.
Salah seorang pengawas tu terus berjalan ke arah meja saya, mengambil kertas jawapan (ye la, dah tinggal saya sorang...) Sempat juga dia bertanya, "Susah sangat ke exam ni?"
"Tak, tapi tak sangka saya paling lambat hantar... Hehehe..."
[...]
Keluar dewan terus ke koperasi. Niat nak beli pau. Tapi hari ini tak dijual. Sudahnya pergi ke kafe la...
Dalam perjalanan, terserempak dengan Wildan dan Ilmu (yang sedang bergendang dengan periuk yang dicilok dari mana ntah).
"Eh, apasal korang jawab periksa laju sangat ha? Tinggal saya sorang-sorang je dalam dewan tu tadi."
Dan mereka tersengih.
[...]
Cuak gak tinggal sorang-sorang dalam dewan masa exam. Orang lain pandang semacam je. Macam saya ni alien.
On the bright side, saya jawab semua soalan dan siap semak berpuluh-puluh kali kertas jawapan tu.
Tu lebih baik daripada polisi 'siap-hantar terus' yang banyak dilakukan oleh para pelajar di sini.
Ulasan