Melahu di Hari Guru SMKMR

18 haribulan lepas berlangsungnya Sambutan Hari Guru di SMKMR, sekolah menengah tempat saya belajar dulu.

Sebenarnya tak taulah gak hari tu ada sambutan hari guru, main datang je dengan niat nak jumpa cikgu-cikgu, kawan-kawan yang sekarang ni Form 6A, dan ambik sijil SPM.

Alih-alih sampai je legaran sesak dengan murid. Rupa-rupanya semua guru (kalau perempuan yang tak pregnant la...) sedang bersiap sedia untuk menyertai sukaneka. Ni gambar kumpulan Cikgu Param dalam permainan baling gelung rotan. Tapi agak kelakar la endingnya.

Satu, dua, baling! Dan dua sudah masuk!

Cikgu Param mengambil, sekarang giliran dia membaling.

Satu, dua, baling! Dan semua gelung yang dilontar Cikgu Param masuk!

Cikgu Nalini pulak. Satu, dua, baling!!!

Giliran Cikgu Param lagi, dan masa dah suntuk! Lepas baling, Cikgu Param meluru ke tiang, nak cepat-cepat kutip gelung rotan yang masuk. Kebetulan Cikgu Nalini pun nak baling gak.

Belum sempat kutip, PELEPUK! Hilai tawa bergema,balingan Cikgu Nalini 'mengenai sasaran', dan masa tamat masa tu jugak. Ehehehehe...

(Saya cerita sampai sini je dulu la... Ye la sekarang ni bukannya online kat rumah, tapi kat Jusco Tmn U sebab sini je ada wifi percuma... Hehehe... Nanti saya sambung lagi ya...)

[UPDATED]

Yang gambar di atas ialah gambar sewaktu sukaneka. Ya, semasa saya sampai di sana memang dah mula sukaneka. Gambar yang lain:


Permainan cari gula-gula dalam tepung...

Menjaringkan bola ragbi ke dalam gol bola jaring...

Bermain Cube aka Rubic (tak ada kena mengena dengan sukaneka... Hehe...)

Selesai sukaneka, rehat sebentar (macam biasa...). Kemudian, para pelajar dan guru (setelah bertukar baju daripada berpakaian sukan kepada formal) berkumpul di Legaran Ilmu kerana diadakan persembahan sempana Hari Guru di situ.


Persembahan tarian India (macam biasa, pelajar lelaki India kebanyakannya bertukar menjadi 'beruk-kena-belacan'... Huhu...)

Live band daripada Pedot (Firdaus) dan rakan-rakan...

Sebahagian mereka yang membuat persembahan 'live band'


Persembahan drama daripada 'Asma and the Gang (menurutnya drama tu adalah untuk sebuah pertandingan, namun tidak depat disertai pada saat akhir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan... Jadi dipersembahkan juga di sini... Huu...)

Aih, budak sesat mana ni? SMKMR terletak di Skudai, Mukim Pulai, Johor... Bukan Pontian...

Baiklah, itu je yang hendak ditunjukkan. Walaupun tidak ambil sijil SPM pada hari tu, namun seronok juga dapat melihat suasana Hari Guru masa ni. Terasa macam jadi budak sekolah pulak... Huhu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an