Catatan

Tak kisah, tapi...

Saya tak kisah kalau teknologi pengklonan digunapakai. Tapi kalau ye pun jangan le klonkan orang. Kesian bayi klon tu sebab hukumnya lebih kurang sama dengan anak luar nikah (yakah? Nanti saya tanya Ustaz Nik...) dan bila bayi klon tu membesar, mesti dia tertanya-tanya siapa ibu bapanya yang original. Kalau tak silap bayi-bayi klon semuanya dikandungkan 'ibu tumpang'. Kalau gatal sangat nak guna teknologi pengklonan, guna ia ke arah yang lebih baik, macam klon biji kelapa sawit ke, klon anggota badan untuk tujuan perubatan ke... [...] Saya tak kisah kalau para suami mengamalkan poligami. Tapi kalau ye pun tengok-tengoklah yang diri tu mampu ke tak. Mampu tanggung dua atau lebih keluarga serentak. Macam peribahasa, ukur baju di badan sendiri... Dan yang menjadi bakal madu tu kalau ye pun janganlah macam Siti Nurhaliza, (anak dara, muda, cantik, berharta). Islam membenarkan poligami atas dasar melindungi kaum yang lemah, bukan sebab nafsu. Jadi ikut panduan tu. Kahwin janda ke (b...

Saya, PRK 2010 dan Komik.

Imej
Lama tak buka blog. Lebih-lebih lagi minggu ni minggu test . Ya, hari ni nak cerita 2 benda sekaligus! Haha... 1) PRK 2010. Pilihan raya kali ni lain sikit. Sebab takde kempen, leaflet yang menimbun dan manifesto yang berapi macam PRK tahun lepas. Tau-tau je ada PRK dua tiga hari sebelum tarikh membuang undi (semalam). Kebetulan saya ada test Ukur Binaan pagi tu, jadi saya pergi mengundi pada petangnya (studio dengan dewan dekat je...) Mana- mana je ada poster macam di bawah. Tapi semua pelajar yang dicalonkan tu pelajar Unitekma (UTM) Skudai... Woo... Yang kenal cuma Abang Frany je... Ahaha... Menyempat lak orang tu... Dan mereka di bawah adalah mereka yang menang tanpa bertanding dalam PRK Unitekma KL 2010. Orang yang saya betul-betul kenal cuma Hazrai sorang je. Yang lain ingat-ingat-lupa. Tahniah kat korang. Semoga korang menjalankan tanggungjawab dengan jujur, adil dan saksama sekali... 2) Komik Saya pernah aim nak publish komik pada usia 20 tahun. Tapi dah masuk tahun 2010 ni tib...

Yang pelik-pelik... Bagi sayalah.

Imej
Gambar-gambar ni diambil masa cuti semester lepas. Bagi saya peliklah. Kalau orang lain tak pelik tak taulah. [1] Dongak atas langit... Eh, apa tu? Benda apa yang tergantung kat kabel telefon tu? Zoom sikit, biar nampak. Eh, macam pernah nampak. Zoom lagi. Eh, ni macam... Pergi dekat sikitlah... Eh, ni kan pengecas handphone ? Macam mana boleh tergantung kat atas tu? [2] Angah baru balik dari kedai. Tiba-tiba dia memanggil saya masuk ke bilik. Kemudian, Angah menunjukkan not RM10 dan bertanya, "Nah. Along tengok ni. Apa yang pelik dengan duit ni?" Lama juga saya tenung duit tu (gambar di atas). Dibelek-belek duit tu. Macam asli. Tapi macam ada kurang, apa ya... "Along, ni duit palsukah?" tanya Angah lagi. Saya angkat bahu tanda tidak tahu. Duit tu saya tunjukkan kat Umi. Umi pun confuse sama ada duit itu asli atau tak. Selang beberapa hari kemudian, Angah gunakan duit tu untuk online di kafe siber berhampiran rumah. [...] Tu je nak cerita... Huhu... (^-^)

Kartun.

Imej
Salam Maal Hijrah! Lambat sangat nak wish . Patutnya semalam. Lagipun dah lama sangat tak update sejak entri terakhir ditulis. Ni baru ada masa. Sepanjang cuti, Ayah beri ' assignment ' suruh terjemah nota-notanya daripada bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Dua minggu pertama kerjanya tu je la. Baki dua minggu lagi digunakan untuk menconteng-conteng. (Tengok gambar kat atas) Tiba-tiba terdengar kata-kata Angah yang melihat dari tadi, "Along bila nak ada komik sendiri? Yang betul-betul di publish tu." Alahai... Along belum sedialah, wahai 'tuan puteri buluh tumpang' ku sayang... [...] Saya mula melukis kartun sejak darjah 2. Waktu tu majalah Along (ala yang macam kucing tu...) sangat famous . Jadi saya cuba melukis balik karakter Along tu. Bila dah berjaya, saya cuba karakter Usop Sontorian pulak. Walaupun tak berapa jadi, tapi saya tetap puas hati. At least ada la rupa Usop Sontorian tu. Oh ya, saya cuma reti (tak berani nak kata 'pandai', banyak...

Satu Tahun

Imej
Huhuhu.... Sedar tak sedar dah setahun dah umur blog ni. Cepat betul masa berlalu... Ya, di sinilah tempat saya melepaskan apa yang terpendam kalau ada yang tak puas hati, tempat saya berkongsi ilmu yang saya rasa patut disebarkan dan tempat saya mengimbas kembali memori silam yang tak indah tapi amat menyeronokkan. Dan sedar tak sedar saya dah lebih setahun berada di UTM City Campus... Eh silap, International Campus, Kuala Lumpur. Banyak betul perubahan (ada yang agak drastik) sepanjang tiga semester di UTM KL ni. Kadang-kadang tak suka langsung dengan perubahan yang dihadapi (rasa macam tak mahu je hadapi), tapi adakalanya benda yang tidak disukai itulah benda yang terbaik untuk kita. [...] Saya rindu.... Rindukan masa lepas. Rindukan zaman budak-budak bodoh-bodoh dulu... Zaman sekolah agama yang selalu tertinggal bas (nasib baik pejabat Ayah dekat je...) dan ustaz yang mengajar kami pun join bebudak lelaki kelas main beyblade (ala benda alah yang macam gasing tu) di belakang kelas ...

Ke-Ja-Ya-An?

Apakah itu kejayaan? (Diam selama beberapa saat sambil buat muka bodoh) Yang pasti, masing-masing ada pendapat tersendiri mengenai perkara tadi. Namun, bila dah utarakan pertanyaan tadi, muncul pula soalan lain yang kita sendiri tak boleh nak jawab. Apakah formula untuk berjaya dalam hidup? Apakah teknik-teknik untuk mencapai impian kita? Adakah mereka yang hidup kaya-raya tapi tak bahagia itu lebih berjaya daripada mereka yang tiada harta tapi hidup bahagia? Hemm... (sambil garu kepala) [...] Masa kanak-kanak dulu, saya selalu dibandingkan dengan sepupu saya, Ira. Dia selalu dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, terutamanya peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM). Saya pula, dapat keputusan yang 'biasa-biasa' sahaja. "Tengok tu, Along dengan si Ira tu sama-sama makan nasi, tapi apasal dia dapat lagi bagus? Kenapa tak boleh jadi macam dia?" kata Umi masa keputusan UPSR diumumkan dulu. Saya cuma dapat 3A 2B manakala Ira pula 5A. 'Sebab dia makan beras mahal dan al...

Huh?

Hari ini, macam biasa, selang 2 hari saya menyemak Inbox emel saya. Cuma hari ini pelik sikit. Kenapa? Baca benda kat bawah tu. Macam tak logik lak bila membacanya. [...] From: VISA CARD AWARDS 2009 Visa Card+ / Msn+ INTERNATIONAL MEGA JACKPOT PROMOTION/CLAIMS DEPARTMENT 440 THE STRAND LONDON, WC2R 0QS ENGLAND, UNITED KINGDOM DIRECTOR:DR.GLENN EDWARD Winning No:VCard/877/798/2009 Email Ref No:VCard/699/33/2009 Notification Date: 12/10/2009 Attn: Winner, AMOUNT WON:500,000.00GBP (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).This email address has brought you an unexpected luck,Your e-mail address was selected and confirmed by our co-sponsor Msn International,through their latest internet software.You are therefore been approved by Visa Card Int./Msn UK the sum of500,000.00 (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds). =================================== CONTACT CLAIMS ADMINISTRATOR =================================== NAME: Charles Gibson Email:fdcry_gnt4@hotmail.co.uk Phone # : +44 701...