Catatan

Wimax

Imej
Tak mahu kata apa-apa. Cuma mahu tunjuk gambar ini. Tak faham? Tengok di hujung kanan anda untuk memahami gambar ini. Jujurnya, saya tak pasti sama ada kalau klik dapat gambar yang lebih jelas. (-.-)" Oh ya. Baru teringat. Wahai CICT, anda terlupa untuk bayar bil Wimax kah? Huhuhu.... (=v=)

Hilang dan Curi 4

Pagi tadi, sewaktu kelam-kabut hendak ke studio untuk subjek Final Project, saya ditahan oleh Ketua Blok (tak ingat nama) di luar asrama. "Akak, akak kena masuk dulu," katanya. Kemudiannya dia melaung, "Semua orang masuk ke bilik dulu!" Saya kehairanan. Mulanya mahu menurut, namun bila mengenangkan risiko kehilangan markah kerana tidak hadir, saya terus bersemuka dengan ketua blok. Setelah lebih kurang 5 minit berbincang dengannya, akhirnya saya dibenarkan keluar asrama. Saya seorang saja. Sewaktu menyarungkan sepatu, terdengar pertanyaan yang sangat munasabah daripada seorang lagi penghuni blok, "Kenapa ni, sampai kami tak boleh keluar langsung?" Dan jawapan Ketua Blok amat mengejutkan. "Sebab 2 biji laptop hilang malam tadi." [...] Ya, 2 biji laptop hilang dalam tempoh 4 jam. Satu milik Nabila, dan satu lagi milik Hanis. Tidak diketahui bagaimana boleh hilang, sebab hilang dalam bilik. Tingkap dan pintu ditutup. Namun tetap juga berlaku kecuria...

FB Hacked (amatur version)

Imej
Sejak akhir-akhir ni banyak Facebook orang yang kena hack . Kadang-kadang tak faham, seronok sangat ke hack Facebook orang lain? Yang tertera di bawah ini adalah contoh mereka yang di' hack '. Kalau kenal siapa mereka ni, mesti tak percaya yang mereka meluahkan kata-kata sebegitu. (-.-)" Ikram ni tak sedar yang dia kena hack . Dia ke kafe sewaktu status ni muncul di wall dia. (Patut la si Eton suruh like status ni... (-.-)") Zerin merajuk sudah.... Ahaha... Chong sudah marah~~~ [...] Tapi, sebenarnya saya pun nyaris di' hack '. Sewaktu menyiapkan kerja di studio sewaktu kelas Final Project (menggunakan laptop), saya ke tandas sebentar. Apabila saya kembali ke studio tidak lama kemudian, saya ternampak se'ekor' manusia membuka wall Facebook saya (saya sempat ber'facebook' di situ. Wifi di studio nampaknya lebih laju dan baik berbanding di asrama...), sedang menaip sesuatu di ruangan status. Lantas saya menghampiri, sebelum berdiri sambil berc...

Di Sebalik Batu Angin (Itriah kena tepung!)

Imej
Semalam, 4.00pm, selepas Test Kajian Undang-Undang. Semua orang kelegaan setelah jawab test . Rupa-rupanya test tidaklah serumit yang dijangkakan, namun ada yang resah sebab tersalah beri fasal dan subfasal dalam JKR203A (10/83). Itriah bersama Lea, Mas, Shifa dan geng seangkatan saling membuat photoshoot di dalam studio. Melepaskan gementar dan kegembiraan di dalam foto yang menjadi kenangan di dalam Iphonenya. Dia langsung tidak sedar bahawa di luar studio, ada 'pakatan cucur kodok' sedang bersiap-sedia menunggunya keluar. Haha... Cik Ki dah standby tepung sekilo tu~~~ Di saat Itriah keluar dari studio, POOF!!! Secara tiba-tiba, tudungnya berubah warna daripada hitam ke putih. Habis pakaian, fail dan begnya dilapisi taburan tepung gandum. Si pembuat onar sudah menghilangkan diri sebelum sempat menjadi mangsa Itriah yang sudah 'naik hantu'. Itriah mencari mangsa. Dia ternampak sesuatu lalu menghampiri StudioKayu. PUFF! Daeng yang menyorok di sebalik pokok menjadi ...

Dot 3 (Pemanggil Misteri yang Gigih)

Khamis, malam, 2 minggu lepas. Ada meeting 'Final Project' di KSJ (lagi.... Ye la dah saya seorang je duduk KSS, ahli group yang lain duduk KSJ, Setapak...) di mana pada waktu itu kami menyiapkan measurament untuk dilampirkan bersama-sama PDA ( assignment kedua) yang akan dibentangkan esok. Tiba-tiba saya dapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Tanpa rasa curiga saya menjawabnya (yalah, manalah tau kalau-kalau kawan-kawan baru tukar nombor ke, sebab saya JARANG beri nombor telefon kat orang lain) "Hello, Assalamualaikum..." "Hello, siapa di sana?" Suara yang tidak dikenali dengan loghat Indonesia membalas. Saya terkaku. Siapa ni? [...] Selepas dalam 10 minit bersoal jawab tanpa dia memperkenalkan diri dan hanya menerjah saya dengan 'siapa nama kamu', 'tinggal di mana,' etc. etc. (tentunya saya berhelah dalam menjawab soalannya. Tipu tu dosa woo...) , saya akhirnya berkata, "Maaflah. Saya sibuk sangat ni. Sekaran...

Kaya

Malam. Ada perjumpaan kumpulan di KSJ. Selesai meeting terus pergi Kedai Mini Blok B (apa namanya ya...). Niat mahu membeli roti untuk bekalan dan air 100Plus untuk diminum, sebab sakit perut dari pagi semalam. Kebetulan ada seorang Mat Arab (pelajar antarabangsa) yang membeli sebuku roti dan secawan (?) kaya, juga mahu membayar di kaunter. Mat Arab: Is this Malaysian food? (sambil menunjukkan kaya yang mahu dibeli) Saya: Um... Yes... (terkejut bila tiba-tiba ditanya sebegitu.) Mat Arab: Is this made from coconut skin? Saya dan penjaga kaunter terkesima sebentar. Kenapa dia berfikir sebegitu? Pasal warna kaya itukah? Saya: No. But it is made from coconut. You can't eat coconut skin. Mat Arab: So it is made of coconut water, or coconut flesh? Saya: The flesh. Coconut flesh, yes. Mat Arab: (Diam seketika) Oh, thank you. Dia kemudiannya membayar harga barang yang dibeli, kemudian berlalu dari situ. [...] Haha... Agak kelam kabut jugalah nak bercakap tu. Nampaknya saya perlu ...

Misteri di blog sendiri...

Imej
Tadi nak tengok blog sendiri. Okey, biasa kan? Tapi tiba-tiba keluar webpage lain. Eh? Apasal blog saya jadi website penyebar ajaran kristian ni? Bila tengok balik URL baru perasan. http://yiyiafiqa. blogpsot .com Laa... Tersalah taip di 'blogspot' la... [...] Bila dah jadi macam tu, saya rasa pelik. Boleh terbabas pula ke webpage tu. Jadi saya juga cuba dengan blog-blog berdomain 'blogspot.com' yang lain. Juga tukar dengan domain 'blogpsot.com'. Anehnya, semuanya dialihkan ke webpage yang sama. Ada sesiapa boleh terangkan tak bagaimana boleh jadi macam ni? Huhu~~