Catatan

Halal dan Haram: Kek Secret Recipe?

Imej
Angah penggemar kek Secret Recipe. Dan hari ini, dia buat muka kelat. Kenapa? Sila klik link di bawah. http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/05/aduan-pilihan-fw-dna-babi-dalam-bahan.html?spref=fb Oh ya, seorang kawan blogger merangkap junior kursus (dan juga kawan sekuliah Angah), Fahmi juga kelihatan agak kesal dengan hal ini. Maka, saya pun buatlah sedikit penyiasatan... (cheh, macam Detective Conanlah pula...) Link yang dirujuk: 1) http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW 2) http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe Daripada link di atas, dinyatakan bahawa syarikat yang bermasalah adalah 'PURATOS SDN BHD' dan BUKAN 'SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD'. Jenama barang yang dinyatakan juga adalah 'Puratos', bukan 'Secret Recipe'. Jenama Puratos juga banyak ditemui di Carrefour. Gambar di atas sebagai bukti. Kalau tak percaya, kli...

Mari main Game! (-.-)"

Imej
Sejak kebelakangan ini, kebosanan melanda. Yalah, sudah tamat semester 6, menandakan saya telah menamatkan pengajian diploma selama 3 tahun. Setelah masuk minggu kedua cuti semester, semakin terasa tidak tahu mahu buat apa. Jadi, bermain game adalah salah satu cara menghilangkan bosan. Game di bawah adalah salah satu daripadanya. Archibald's Adventures. Game bergenre arcade ala-ala Super Mario. Tapi, level yang saya main ni ganjil sedikit. Ehh??? Ya, tak pasal-pasal kena restart balik sebab game hang terus. (-.-)" Moral of the story : Jangan main game cetak rompak. Huhuhu~~~~

Oh WiFi Kampus...

Imej
CICT Unitekma KL beri had 30 hari untuk online dalam kampus. Limit download pula 5GB (saya tak berapa faham pasal limit download ni...), maka setiap kali habis limit , kena register semula secara online . Tapi masalah saya dah jadi lain macam pula. Masalah timbul bila saya online , dan tiba-tiba disconnect . Bila dapat connect balik dia suruh register semula, padahal baru register tu, setakat buka emel dan google je kot. Fed-up punya pasal, saya pun re-register banyak kali (mematuhi arahan). Dan ini hasilnya. WAAAA~~~~ Banyaknya baki hari! Kalau macam ni, dah habis diploma pun masih boleh guna lagi. Kalau kat Unitekma KL la. Unitekma JB tak pasti. XD Notakaki: Kepada CICT UTMKL, sila update database anda. Separuh daripada rakan sekuliah tak boleh akses e-learning walaupun pakai WiFi kampus. ;)

Kismis, Jigsaw Puzzle dan .....

Imej
Saya gemar makan kismis sebagai snek, untuk menggantikan gula-gula. Yalah, orang kata kismis ni mampu mencerahkan minda. Saya gemar rasanya yang masam-manis-sedikit kelat itu sejak kecil. Malah harganya pun taklah banyak berubah walaupun sudah bertahun-tahun. Sekotak biasanya dalam RM1-RM2 sahaja, bergantung dengan tempat kismis itu dihasilkan. Dan semalam, disebabkan teringin nak makan kismis, saya beli kismis ini di kiosk Unitekma KL. Harganya RM1. Adalah dalam 4-5 kotak lagi yang tinggal masa tu. Kismis ni lain sikit daripada yang biasa saya makan, kerana ia menyediakan permainan jigsaw puzzle percuma, berbeza dengan yang lain yang beri pelekat doa (yang adik saya buat tampal di pintu bilik) dan ada yang tak beri apa-apa langsung. Kebetulan sedang kebosanan, maka saya bermain dengan jigsaw puzzle yang mudah itu. (Ala, dapat percuma, kan. Apa salahnya...) Selepas selesai bermain, saya tersentak. Gambar jigsaw puzzle ini sangat familiar ... Tapi di mana ya? Ya, gambar jigsaw puzzl...

Wimax

Imej
Tak mahu kata apa-apa. Cuma mahu tunjuk gambar ini. Tak faham? Tengok di hujung kanan anda untuk memahami gambar ini. Jujurnya, saya tak pasti sama ada kalau klik dapat gambar yang lebih jelas. (-.-)" Oh ya. Baru teringat. Wahai CICT, anda terlupa untuk bayar bil Wimax kah? Huhuhu.... (=v=)

Hilang dan Curi 4

Pagi tadi, sewaktu kelam-kabut hendak ke studio untuk subjek Final Project, saya ditahan oleh Ketua Blok (tak ingat nama) di luar asrama. "Akak, akak kena masuk dulu," katanya. Kemudiannya dia melaung, "Semua orang masuk ke bilik dulu!" Saya kehairanan. Mulanya mahu menurut, namun bila mengenangkan risiko kehilangan markah kerana tidak hadir, saya terus bersemuka dengan ketua blok. Setelah lebih kurang 5 minit berbincang dengannya, akhirnya saya dibenarkan keluar asrama. Saya seorang saja. Sewaktu menyarungkan sepatu, terdengar pertanyaan yang sangat munasabah daripada seorang lagi penghuni blok, "Kenapa ni, sampai kami tak boleh keluar langsung?" Dan jawapan Ketua Blok amat mengejutkan. "Sebab 2 biji laptop hilang malam tadi." [...] Ya, 2 biji laptop hilang dalam tempoh 4 jam. Satu milik Nabila, dan satu lagi milik Hanis. Tidak diketahui bagaimana boleh hilang, sebab hilang dalam bilik. Tingkap dan pintu ditutup. Namun tetap juga berlaku kecuria...

FB Hacked (amatur version)

Imej
Sejak akhir-akhir ni banyak Facebook orang yang kena hack . Kadang-kadang tak faham, seronok sangat ke hack Facebook orang lain? Yang tertera di bawah ini adalah contoh mereka yang di' hack '. Kalau kenal siapa mereka ni, mesti tak percaya yang mereka meluahkan kata-kata sebegitu. (-.-)" Ikram ni tak sedar yang dia kena hack . Dia ke kafe sewaktu status ni muncul di wall dia. (Patut la si Eton suruh like status ni... (-.-)") Zerin merajuk sudah.... Ahaha... Chong sudah marah~~~ [...] Tapi, sebenarnya saya pun nyaris di' hack '. Sewaktu menyiapkan kerja di studio sewaktu kelas Final Project (menggunakan laptop), saya ke tandas sebentar. Apabila saya kembali ke studio tidak lama kemudian, saya ternampak se'ekor' manusia membuka wall Facebook saya (saya sempat ber'facebook' di situ. Wifi di studio nampaknya lebih laju dan baik berbanding di asrama...), sedang menaip sesuatu di ruangan status. Lantas saya menghampiri, sebelum berdiri sambil berc...