Catatan

Satu Rungutan Tahap Ikan Kerapu

Imej
Abaikan tajuk yang merepek itu. Saya memang tidak tahu mahu letak tajuk apa. :/ Saya ada kenal beberapa pekomik daripada unit Komik-M, syarikat PTS. Salah seorangnya adalah Irfan Foner, pelukis komik Smash20 . Umurnya sebaya sahaja dengan Angah dan sekarang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Dulu dia ada blog dan saya ' silent reader ' blognya, sebelum dia menutup blog itu atas 'sebab yang tidak dapat dielakkan'. Inilah antara karyanya.  Tidak lama lagi sambungan komik ini akan terbit. (^-^) Sebenarnya, saya malas mahu kata apa-apa. Cuma mahu tunjuk ini sahaja. Jujurnya, bolehkah saya minta orang yang menguruskan website PTS agar memastikan info pengkarya di bawah naungannya sentiasa dikemas kini? :/ {Update} Baru tadi saya re-check balik, sudah berubah rupa. :/ Sudah bertukar jadi blog mempromosi potongan rambut (?) XD

Adik dan Beyblade

Imej
"Along, boleh temankan Adik pergi kedai dua ringgit kat Mutiara Rini tu?" "Buat apa nak pergi sana?" "Nak mintak belikan beyblade." Beyblade? "Tidak." Adik mencebik lalu pergi ke arah Umi untuk mengadu. Namun Umi juga menyebelahi saya. Kemudian merayu kepada Ayah, jawapannya juga negatif. Selepas itu merayu kepada Abang yang awal-awal lagi kata tidak sebaik sahaja Adik menyebut perkataan 'beli'. Akhirnya merayu pula kepada Angah yang mana belum sempat dia membuka mulut, Angah terlebih dahulu mengatakan tidak. Dan kitaran merayu agar dibelikan mainan itu bermula semula kepada saya. Saya, Umi, Ayah, Abang, Angah. Eh, mana Anis? Kalau dia merayu kepada Anis dijamin dapat penampar percuma. Sebab itu dia tidak berani. XD [...] Petang itu Abang ke kedai runcit di Mutiara Rini untuk membeli sedikit barang keperluan yang dipesan Umi. Balik sahaja dari kedai, Adik terus menyerbu ke arah Abang, mengharap agar mainan itu juga di...

Oh Mukabuku

Imej
Jujurnya. Mukabuku ( Facebook ) adakalanya akan menggila dengan sendirinya. Adakalanya tidak tercapai akal. Boleh pula Mukabuku ini buat lawak tidak kelakar... (-.-)" Antara 'kegilaan' sistem bahasa di Mukabuku:- 27 orang yang available , tetapi tiada sesiapa yang online  untuk chat .  Okey... Peluk diri sendirilah. :(  Erk? A jadi @, E jadi 3, I jadi ! (@.@) Err... Saya menggunakan opsyen Bahasa Melayu dalam Mukabuku ini. Sebab itulah kebanyakannya dalam Bahasa Melayu. Huhu.  Aduh. Cantik sungguh bahasa.  'Engkau' pula perginya. Bukan biasanya 'Anda' ke? Oh ya, ini bukan saya punya, ini Irfan Foner punya. Saya tukang upload saja.  Ini sahaja yang dapat saya jumpa (dan sempat ambil ' snapshot ') setakat ini. Terasa mahu guling-guling seperti tenggiling pula bila melihatkan gaya Mukabuku yang gila-gila bahasa ini. Huhu~~ XD

Abang Mirul dan Malam Puisi Riong

Imej
Saya membaca artikel bertajuk 'Janji tetap janji' di ruangan Sastera, akhbar Berita Harian Khamis lalu. (Lambatnya, hari ini hari Sabtulah!) Sedang membaca artikel tersebut, mata tertancap pada ayat berikut. Penampilan personaliti TV3 yang baru menamatkan zaman bujangnya, Ahmad Fedtri Yahya, menghidupkan majlis malam itu dengan celoteh bersahaja sehingga jurukamera, seorang pelajar dan beberapa deklamator tidak terlepas daripada usikan mesranya. Meskipun sedar mereka disakat Ahmad Fedtri, baik jurukamera mahupun pelajar yang diminta secara spontan mendeklamasikan sepotong puisi dengan gaya mereka sendiri, tidak seorang pun menolaknya dan menjawab semua soalan diajukan manakala penyanyi lagu puisi, Ahmad Ramli, tidak sedar busananya juga menjadi bahan usikan! Serta-merta saya tersenyum. [...] Malam Sabtu, 24 September 2011. Akhirnya dapat juga ke Malam Puisi Riong yang diadakan di Pesta Konvo UTM. Saya bersama Mirul @ Abang (yang pulang sebentar dari UiTM Lendu, Me...

Nostalgia Tadika

Dulu. Akhir tahun 1996. Hari itu adalah hari berlangsungnya majlis 'ala-ala graduasi' bagi kanak-kanak yang belajar di Tadika Ihsan. Majlis ini tidak dibuat di perkarangan tadika, tetapi di dalam Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai. Oh ya, lupa mahu beritahu, Tadika Ihsan ini tadika yang terletak di dalam UTM. Berhampiran padang kawad UTM itu sahaja. :3 Saya bersama rakan-rakan satu tadika, memakai jubah graduasi berwarna maroon (merah hati?) dengan lapel hijau terusi dan diberikan panduan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika berada di atas podium. Tiba-tiba perut terasa agak sakit tetapi saya menahannya. Dan sakit itu hilang tidak lama kemudian. Ya, segalanya berjalan dengan lancar. Ucapan daripada guru besar tadika, persembahan Silat, nyanyian nasyid (yang mana saya turut terlibat sama) dan akhirnya majlis penganugerahan sijil. Rasa amat gembira bila mendapat sijil itu, walaupun pada mulanya agak takut sebab riak muka orang yang beri sijil itu macam 'nak makan orang...

Maru si Meow-meow!

Imej
Haha comelnya~~~ (blush) Masa Latihan Industri dulu, ada seorang staf pejabat yang amat sayangkan kucing. Ada juga beberapa kali ternampak dia menonton video bertemakan kucing. Antaranya, yang berada di atas ini. (Haha comel~~~) Sebelum ni tak tahulah namanya 'Maru', dan kucing ni sebenarnya agak popular di Youtube. Dah habis Diploma ni baru tahu, selepas tonton video pengenalannya di Facebook. Kucing jantan yang merupakan baka 'Scottish Fold' (kalau tak silap) dari negara Jepun ini memang mengagumkan sesiapa yang menontonnya. Lebih mengagumkan lagi, kucing ni macam dah biasa dengan lensa kamera. Tak ke comel tu? Aaargh!!! (pitam) Sekurang-kurangnya dapat juga melihat 'kucing-kucing berperangai comel' di Youtube. Lagipun Umi tak benarkan saya pelihara kucing, sebab Angah alah dengan bulunya. (-.-)" Kalau mahu tonton video yang lain, channel pemilik Maru, Mugumogu ada di sini . Blog tuan Maru juga, di sini . (Dalam bahasa Jepun, ...

Doodle Google yang sangat best!

Imej
Semalam, kalau perasan, Google menghasilkan doodle yang agak unik. Sempena ulang tahun kelahiran Les Paul , seorang pemain gitar bergenre jazz dari Amerika, (yang saya tak pernah dengar nama langsung...) maka wujudlah doodle yang paling interaktif pernah dihasilkan oleh Google setakat ini. Siap boleh main pakai keyboard dan tetikus PC tu~~~ (Tabik kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan doodle ni. d(^-^)b Memang terbaik!) Main doodle tersebut di sini. ( Nota: kini disediakan butang untuk rekod, menggantikan butang untuk membenarkan ia digunakan melalui keyboard PC. Tapi jangan risau, masih boleh main pakai keyboard . :D ) Muat turun di sini. ( Update ) Hmm... Rupa-rupanya ada lagi doodle yang best, selain yang gitar tu. Ha... Hambek! Pacman, doodle tahun lepas. Main doodle tersebut di sini. :P