Dari Hati (si malang yang bertuah...)
Selalu orang tanya, sejak masuk Unitekma dan ambil kursus Ukur Bahan, adakah saya betul-betul nakkan kursus ni? Dan orang lain selalu pelik sebab saya selalu buat muka seposen setiap kali kelas. Dan kengkadang tu suka sorang-sorang pulak tu. Sampaikan masa jamuan (untuk kem yang QSBINA kantoi tetengah jalan, masa tu saya belum masuk Unitekma lagi sebab second intake ) mereka buat teka-teki, "seorang second intake agak pelik sikit perangainya, kadang-kadang suka menyendiri." Dan bila ditanya jawapannya, semua orang pandang ke arah saya. Malu lak rasanya. Hakikatnya sejak peristiwa tu semangat saya terus hilang. Walaupun saya masih minah yang suka diam dan suka sorang-sorang, saya takdelah buat muka seposen setiap kali kelas. Apa yang berlaku? Semuanya bermula apabila saya memohon rayuan untuk kemasukan ke universiti beberapa bulan lepas. Saya ingat lagi yang saya memohon untuk memasuki UiTM mengambil jurusan Teknologi Makmal Perubatan. Siap hantar testimonial tu, melalui Pak ...