Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Azam...

Hari ini dalam sejarah. Walaupun tak betul-betul (kalau ikut jam, minit dan saat sekali), namun saya genap 19 tahun hari ni. Dan ramalan cuaca menyatakan pada pagi nanti akan berlaku hujan tepung dan telur di parkir bas Unitekma. Jangan berlaku, dahlah... [...] Terharu la... Satu blok aras atas nyanyi lagu ' happy birthday ' memalam buta tadi. Kemudian sapuan bedak beraroma mawar (aroma yang paling tak digemari) daripada Lea. Huhu... [...] Nampaknya tak semua azam saya tercapai. Ada yang terkandas tengah jalan... Terutamanya azam nak buat lesen kereta (yang terpaksa dibatalkan rancangannya sebab seminggu sebelum daftar nak buat lesen kereta dapat surat tawaran sambung belajar di Unitekma...) Semuanya kena foward tahun ni. Keji betul. [...] Azam Tahun Ini: 1. Dapatkan Anugerah Dekan untuk tahun ni (1 sem at least ... Cam boleh je...) 2. Perkukuhkan lagi vocabulary dan sebutan dalam bahasa Inggeris (MALBEX telah menyedarkan saya... Huhu...) 3. Buat komik (macam masa sekolah du...

Hilang dan curi 2

Petang. 3 hari lepas. Sakit kaki sebab baru balik kem PROPEL. Jadi turun naik tangga terhincut-hincut macam nenek umur 80 tahun (nenek saya agaknya naik tangga lagi laju dari saya... Huhu...) Pusing kepala kiri kanan. Terasa macam ada sesuatu yang tak kena pada kawasan tangga aras bawah. Kawasan yang semua orang sedia maklum berdepan dengan dinding. Mata tertancap pada dinding yang bertentangan dengan tangga. Ada skru terlekat di dinding. 2 batang. Kedudukan skru itu sama aras, jarak antara keduanya lebih kurang 1 kaki. Terus tepuk dahi. Ya tak ya, mana pergi cermin besar aras bawah? [...] Keesokan harinya. Pagi-pagi buta Kak Shidah muncul. Biasanya muncul sorang-sorang, tapi kali ni dia ditemani 2 orang pegawai. Muka Kak Shidah tegang. Mana tak tegang, dah dua kali cermin hilang. Kali pertama lepas cuti pertengahan semester, dan kali kedua sekarang. Yang peliknya takde siapa perasan bila masa cermin tu hilang. Macam cermin tu ghaib je. Yang buat semuanya lagi kedengaran tak munasabah,...

Taburkan Jasa Semaikan Budi

Imej
Pengalaman silam mengajar erti hidup Amat payah untuk kita harungi Mengapa masih ada diantara kita persengketaan Perjalanan waktu sering menghambat kita Kian hampir pada titik hujungnya Tak perlu ragu-ragu untuk tegakkan tugu kemerdekaan Segala-galanya kini telah disediakan Untuk kita teruskan bersama Jangan biarkan musuh merapatinya Hancurkan kedamaian kita Selagi kita mampu pertahankan Maruah agama bangsa dan negara Selagi itulah kita kan bersatu Di situ letak kunci kejayaan kita bersama Taburkan jasa dan semaikan budi Jadilah kita warga yang berbakti Tiup semangat cintakan negara Demi pewaris bangsa Anak-anak generasi kita Duhai bangsaku marilah kita kekalkan kamajuan dan perpaduan Demi bangsa agama dan juga tanah air tercinta... Taburkan Jasa Semaikan Budi - Nur Kasih

PROPEL

Imej
Gambar kenangan.... [...] PROPEL. Program pelapis. Satu-satunya kem yang takde tentatif program dan juga tak boleh pakai jam tangan. Dan kem tu baru tamat semalam. Komen saya, "Adoi, sakit kaki!!!" [...] Tak sangka saya boleh tetiba sesak nafas pada hari pertama kem. Tengok gaya sebijik macam orang kena semput. Lepas tu sakit dada sepanjang kem tersebut. Paling teruk dirasakan pada waktu malam (yalah, malam kat hutan kan sejuk...) Diulang, keadaan saya sepanjang kem tu memang sebijik macam orang semput. Nasib baiklah walaupun fasilitator brutal-brutal belaka, tapi mereka prihatin dengan keadaan saya. Terima kasih banyak- banyak... Dan minta maaflah kalau saya banyak menyusahkan abang-abang dan akak-akak pesi semua. Balik ni mesti ke klinik. Tanya doktor apa yang tak kena dengan badan saya ni (selama ni tak pernah semput pun...) [...] Aktiviti banyak sangat. Dan kena banyak berlari. Masa yang kejar saya masa tu. Lepas tu, memang banyak kali kena denda. Kem ni la yang banyak k...

Kuiz.

Please read it very carefully and reply the question very honestly..... Check the answers at the end of the post...... Here you have a great chance to know about yourself like your character etc. without spending any money. This test was devised by a famous team of psychologists from a British university.It tells about your personality just by your choice. So know yourself & enjoy. Here it is..... Imagine you walked into a small hut by the river in the jungle. You push the door to open. In front of you are 7 small beds to the right of the hut,and another 7 small chairs surrounding a small round table. In the middle of the table a round food tray having 5 kinds of fruit in it.The fruits are :- a. Apple b. Banana c. Strawberry d. Peach e. Orange Which fruit will you choose? Your choice reveals about you! And... Test result......... a. if you chosen apple ,that means you are a person who loves to eat apple b. if you chosen banana ,that means you are a person who loves to eat banana c....

Manga

Imej
Tetiba je rasa bengang bila baca manga terbitan Gempak Starz. Bukan apa, manga yang berteraskan kisah cinta terbitannya (yang sebenarnya diterjemahkan dari bahasa Jepun) tu agak menjengkelkan (bagi saya la... Tak taulah orang lain ...) sebab ending dia mesti babak 'Tuut' (Tak semua, tapi majoriti yalah...) dan ada sebahagian kecil tu ending nya kat babak censored . Tak sesuai untuk budak-budak. Kalau yang otak kuning tu sukalah dia. Yang buat saya pening pulak, si Anis (adik 2nd last yang tahun ni masuk Tingkatan 1) ni menebeng nak saya belikan manga terbitan tu jugak. Last-last saya bagi pinjam manga 'Hari-Hari Midori'. Manga ni saya rasa selesa sikit sebab kena dengan taste saya. Dan tiada babak menjengkelkan. Sekurang-kurangnya anak lelaki sulung dalam keluarga saya (Yun - adik no 3, tahun ni tingkatan 4) takdelah 'terliur' bila baca manga tu (dia ni spesis baca apa saja buku yang ada kat rumah, buku masakan pun dia baca...) [...] Dekat sebulan dah En...

Hijab

So why is the hijab an obligation for women and not an obligation for men? Is it just to pressurise the woman? No. It is because 100 men will never be able to seduce or make one woman fall for them. No matter what they do, if the woman is not interested, those 100 men cannot do anything to attract her. However, one woman can succeed to attract 100 men in a few minutes. Therefore it is obligatory for the woman, since she is the source of attraction. So the hijab in her right is a must for her. What is your excuse for not wearing the hijab? Let us go through a list of excuses. The First Excuse: I Am Not Convinced of the Hijab To this, I would respond; what are religion are you from? You would reply, I'm a Muslim. What is the meaning of a Muslim, brothers and sisters? The meaning of a Muslim is to submit completely to Allah. The sister who does not want to practice the hijab has not submitted to Allah. She does not want to submit to the will of Allah. Brothers and sisters, how can we ...

Nama Syaitan di dalam surah Al-Fatihah???

Saya terbaca entri ni sewaktu melayari internet (lebih tepat, lompat-lompat blog) beberapa hari lepas. Jadi sebagai seorang muslim, saya berasa bertanggungjawab menyebarkannya kepada muslimin dan muslimat sekaliannya, semoga boleh dimanfaatkan... Bila difikirkan balik, siapa yang nak baca weblog saya ni? Ah, pedulikan. [...] Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat.Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan:- 1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH 2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB 3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU 4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK 5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS 6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya...

Dot 2 (geram)

Petualang yang buat onar menjahanamkan cuti saya telah terserlah secara tidak sengaja pagi ni. Dan saya cekik orang tu selama beberapa saat disebabkan terlalu geram. Ye la, karang mati anak orang saya pulak nak jawab. Tirah (jiran sebelah kat hostel) la orang yang memandai-mandai bagi nombor hp saya tu. Memang dia nak kena 'gulai' dengan saya ni... [...] Tirah pun beritahulah fiil sebenar si polan (Khairul) tu. Rupa-rupanya dia agak pandai menipu. Dan agak kuning otaknya. Patutlah saya rasa tak nak bercakap dengannya. Hampir keseluruhan kisah hidupnya rekaan semata-mata. Eish, macam mana la dia ni bercerita... Macam betul je cerita dia tu... [...] Tirah pun dah beritahu kat si Khairul yang saya dah tau semua tu. Dia cubalah nak cakap dengan saya (maaf, saya silent hp kali ni, tak nak cakap punya pasal) Tak dapat contact saya, dia contact adik saya lak. Dan di' fire ' habis-habisan oleh angah. Angah ni anti penipu. Fikirlah sendiri apa yang dah jadi... [...] 'Khai...

Dot (haru biru)

Saya pening! Seminggu cuti yang mendamaikan bersama keluarga telah dirosakkan oleh si polan tu. Pasal dia, apa yang saya study semua tak masuk. Nak buat assigment pun takleh fokus! Fobia kepada telefon saya dah makin teruk disebabkan olehnya. Siapa punya kerja ntah bagi nombor hp saya kat si polan tu. Nanti, kalau saya jumpa petualang di sebalik semua ini, saya gulaikan dia. Tak pun kejar dia satu kampus dengan penyapu. [...] Ahad. Malam. Minggu lepas. Tepat jam 10 malam saya dapat panggilan dari orang (lelaki) yang tidak dikenali. Disuruhnya saya 'buka' nombor XPax saya (saya pakai Hotlink masa tu), jadi saya pun buatlah apa dia suruh. Seketika kemudian saya terima panggilan. Dari nombor yang sama. Dia tanyalah nama saya dan asal mana, dan saya pun beritahulah dia kedua-duanya. Dan kemudian terpacullah satu ayat yang menakutkan saya. Satu ayat yang mengharu-birukan seluruh malam itu. "Saya jatuh hati dengan awak." [...] Siapa ntah yang main serbu je cakap macam tu....