Azam...

Hari ini dalam sejarah.

Walaupun tak betul-betul (kalau ikut jam, minit dan saat sekali), namun saya genap 19 tahun hari ni.
Dan ramalan cuaca menyatakan pada pagi nanti akan berlaku hujan tepung dan telur di parkir bas Unitekma.

Jangan berlaku, dahlah...

[...]

Terharu la... Satu blok aras atas nyanyi lagu 'happy birthday' memalam buta tadi.

Kemudian sapuan bedak beraroma mawar (aroma yang paling tak digemari) daripada Lea.

Huhu...

[...]

Nampaknya tak semua azam saya tercapai.

Ada yang terkandas tengah jalan...

Terutamanya azam nak buat lesen kereta (yang terpaksa dibatalkan rancangannya sebab seminggu sebelum daftar nak buat lesen kereta dapat surat tawaran sambung belajar di Unitekma...)

Semuanya kena foward tahun ni.

Keji betul.

[...]

Azam Tahun Ini:

1. Dapatkan Anugerah Dekan untuk tahun ni (1 sem at least... Cam boleh je...)
2. Perkukuhkan lagi vocabulary dan sebutan dalam bahasa Inggeris (MALBEX telah menyedarkan saya... Huhu...)
3. Buat komik (macam masa sekolah dulu, untuk kepuasan diri majoritinya. Lagipun sejak masuk Unitekma sampai sekarang macam takde masa nak melukis. Takat lukis karakter dalam 1-2 helai kertas tu bolehlah...)
4. Fundrising (tak nak bergantung 100% dengan PTPTN, nak tunggu diorang masukkan duit dalam akaun masa awal sem lllleeeemmmbbbbbaaabbbb sangat. Dalam sebulan lebih baru dapat... tapi nak kerja apa?)
5. Ambil lesen belajar memandu kereta (untuk kemudahan sendiri di masa depan gak. Ye la manalah tau kalau ada apa-apa yang penting, boleh cilok kereta Ayah... Hehehe gurau je...)

Agak-agak boleh tercapai tak kelima-lima ni dalam tahun ni?

[...]

Harap-harap ramalan cuaca tadi tu tak betullah.

Saya tak nak payung saya jadi 'mangkuk adunan' untuk 'buat cekodok (cucur kodok)'.

Huhu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an